Monday, December 21, 2009

Aduhai lelaki...Part 1

SMS cinta semalam..

Firdaus :Saya doakan awak tak bahagia dan selamat aminn
dalam hatiku berkira2 ayat yg sepatutnya aku membalasnya. agak lama aku termenung sedangkan ketika itu aku dan kawanku khusyuk dengan tayangan movie yg kami tonton di TGV KLCC tu. sikitpun cerita dilayar itu mencuitku.

aku : Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami. awak kawan yang baik sangat. semoga allah membalasnya.

sengaja aku menjawapnya begitu. dalam hatiku 'Ohh! kau nak psyko aku ker? hahaha ambik kau'. tidak lama selepas tu aku terima lgi mesej dari lelaki yang kukenali dari ruangan YM tu. entah bagaimanalah aku boleh memberinya nombor telefonku. sangkaku dia adalah kawan yang begitu baik dihati dan tiap butir bicaranya seakan membisikkn kejujuran dan terserlah tatasusila seorang lelaki yang menjadi idamanku namun kusilap..silap dalam menilai erti sebenar kawan.

Firdaus : Jangan nak tunjuk alim lah. saya tahu siapa awak sebenarnya, i know you Mira!

Sekali lagi aku ketawa dicelah2 kegamitan dan kegelapan bilik wayang itu. mujur aku berada di atas sekali. tak ada lah orang yang mendengarnya. sekali lagi ayat psyko aku balas.

Aku : U know me? hahah good! sape sy ni? terpk jugk sy ni mcm mana eh sy ni kalo awk kenal? kaki lelaki kah?kak clubbing kah?

Firdaus : Eh tanya saya pulak, tuan punya badan la yg tahu mcm mana. Tp, i know u n ur ex bf Mira! jangan nak hepokritk okKK..

Kali ini aku terdiam.. sejauh mana lelaki yang dikenali Insane biase menerusi YM ini mengenali diriku dan ex bf aku? Argghhh..semua tu dusta belaka. kalau benar kau kenal aku...

Aku : Oh! kenal eh? u kenal sama ex bf i? baguslah kalo u kenal..tak payah la lgi u nk tanya sy kn ttg diri sy lg. awk leh tanya 'dia' terus..good communication betulah u ni..hahaha 1 lg, tulis hepokrit pun salah ada hati nak kutuk org.'

aku ketawa akhirnya dengan balasan msg utknya. Sima disebelah hanya mampu memnggelengkan kepalanya. mungkin dah terbiasa dengan sikap kawan baiknya itu. Tak sah kalau Mira buat2 x layan dengan cerita yg ditonton kalau sememangnya dia tidak meminati rancangan cina yg lebih digemari oleh Sima. Akhirnya kami keluar dari perut bilik wayang yang berhawa dingin itu dengan hati yang berbaur.

"Kau pesal tadi?"
"Mamat tu wat hal lah. dia ingat aku ni semurah itu nak bagi badan aku ni kat dia."
"What??!!" terloponh Sima dengan kenyataan Mira sebentar tadi. tidak menyangka yang kawannya itu akan berkata begitu.
"Betullah..tak percaya..baca sendiri" telefon bimbit kuhulu padanya. Agak lama dia mengamati setiap patah perkataan yang kami bualkan tadi.
"Ehh..apa dia ngan kau?" aku mencebik.
"Dia ingat aku ni macam bohsia ker sesenang nak bagi tubuh sesuka hati. Aku waras lagi lah Sima. Lagi satu...kalau dia bikan 'husband' aku yang sah ...takkan ada sesiapa lelaki pun yang berani sentuh aku tau. Jangan nak berlagak hero lah kat dunia ni. Tuhan tak suka kita wat kerja terkutuk tu..."
"Akal ada ker tak tu.. ada ker patut ajak anak dara orang buat kerja tak elok? dah tu..boleh pulak bagi tunjuk ajar..hish..lelaki jenis apa lah tu." Sima mengucap panjang dengan kenyataan mira. dia pun bersetuju dengan pendapat kawan baiknya tu. Alhamdulillah..mujur kawannya itu mampu membezakan cinta suci dan cinta berahi duniawi sekarang.
"Kau kena berhati2 skg ni mira. Aku takut..kalau kau diapa-apakan dia nanti." aku berpaling kearahnya sambil tersenyum.
"Sima..Allah kan ada bersama orang yang beriman. Kalau kita dekat denganNYA pasti DIA jua dekat dengan KITA. InsyaAllah..kau jangan risau k?
Kami berjalan beriringan menuju ke Food Court yang tidak jauh dari tempat kami berada. dalam hatiku 'Ya Allah..KAU jauhilah diriku dari semua yang KAU benci."

*****

bersambung ya.....

1 comment:

~..cik PriNCEss..~ said...

gud girlz..jgn sesekali terpedaya dgn kata2 jantan mcm tuhh..hnya perlukan wanita utk tuuhh jeww..
bengong btol!!!