Saturday, November 21, 2009

Yang sebenarnya

Assalamualaikum semua..

Sudah lama aku tak coret pape dalam 'umah' aku ni. terasa lama benar aku tak jengah kesini. rindu tu ada..sayang pun ada. tapi ruang yang terhad yang membataskan aku untuk mengupdate sesuatu pada sst yang sudah agak lama aku tinggalkan. Hingga hari ini terlalu banyak yang mahu aku kongsikan bersama korang diluar sana tapi apakan daya masa yang tak mengizinkan aku untuk berbuat begitu. Maaf ya kalian.

Hari berlalu hari..jam berdetik pergi meninggalkan tarikh2 memori semalam yang mungkin aku takkan lupa sampai bila2. Jauh disudut hatiku amat merindui tarikh itu. Tarikh yang membuatkan hatiku sayu dan ketawa dengan sendirinya. Entah apa yang mendorongku untuk melakukan semua itu. Sungguh! aku terlalu merindui tarikh itu. Lantas, aku terpanggil untuk mencoret sesuatu tentang tarikh itu disini.

Tanpa kusedari, aku hampir2 terlupa akan tarikh tersebut. tentu semua tertanya-tanya kan apakah ia sebenarnya yang aku cuba ketengahkan kali ini. Tentu sekali dalam fikiran kalian semua sedang meneka-neka apakah tarikh yang aku maksudkan itu,kan?2ohb September! bagiku cukup syahdu..mungkin dalam kepala korang mengatakan itu adalah tarikh hari raya pertama untuk tahun ini. memang! tapi ada sesuatu yang 'mencuri'ku pada tarikh itu. Entah lah..hingga saat ini aku tak pasti apakah benar apa yang aku sedang lakukan ini. Yang pastinya..aku hanya mengikut sahaja arah hatiku tiap2 hari.

Menghitung hari esok adalah sesuatu yang payah untuk aku lalui. mengharapkan sesuatu yang belum pasti akan jadi milikku. Sedangkan semalam yang berlalu terlalu payah untukku benamkan dalam kotak memoriku. Payah yang memenatkan hati dan perasaanku sendiri. Alhamdulilllah..walaupun begitu, dorongan dan semangat kawan2 amat menjadi penguatku. Tanpa korang hidupku tak semeriah dahulu. Thanks korang.!

Perjalanan kerjaku juga alhamdulillah. Syukur padaNya kerna memberiku peluang untuk aku mempelajarinya, merasainya dan menggarapnya sebagai satu pengalaman. Pengalaman yang suatu ketika dahulu pernah terlintas di benakku 'bilalah aku akan jadi sepertinya' dan 'bila ya dokumen (payment checking) itu seharusnya diberikan pada KakNor)' itulah pertanyaan2 yang terlintas didalam fikiranku tatkala melihat seorang person incharge branch memberikan dokumen(waktu tu) kini di panggil 'payment checking' kepada Kak Ifa(waktu itu)kini KakNor. Ternyata kini semua persoalan yang kutanya terjawab dengan sendiri olehku. Alhamdulillah. Mimpi tak seindah realiti. Itu yang selalu telinga ini mendengar namun bgku mimpi adalah suatu platform untuk kita mencapai impian satu realiti. so, kepada kalian yang diluar sana yang selalu bermimpi tu..teruskan lah bermimpi. mana tahu mimpi kalian akan jadi satu realiti suatu hari nanti. Hurm..mimpi, berangan kan tak kena bayar..jadi jangan takut bermimpi! tapi jangan berangan lebih2 takut anda yang terlebih.

Renung2kan dan selamat beramal.

saya tinggalkan anda dengan secebis kata2 yang saya 'pinjam' dari mesej dari 'Channel C' yang selalu tiap2 hari saya dapat:-
'Sesuatu KERJA itu bergantung kepada NIAT,MAKSUD,FIKIR dan MATLAMAT. KEJAYAAN atau KEGAGALAN disertakan HIKMAH dan UJIAN untuk difikir dan direnungkan.'

6 comments:

~..PriNCEss DyaNa..~ said...

apa sebenarnya yg bermain difikiran cik ain????

samdaddycool said...

Selamat hari raya aji

Ain Aishah said...

to princess diana : entah la wak. byk btl yg bermain dlm kpla sy skg ni. ttg perjalanan hidup yg entah bila kan berakhir..huhu. nway..selamat hari raya aji!hehe

to samdaddycool : selamat utk sam juga..hehehe

~..PriNCEss DyaNa..~ said...

pkla yg terbaik tok awk..

slmt hri raya aji tok awk gak..(^^,)

Ain Aishah said...

thanks diana...
hehehe tgh pikir la ni..
tp rasanya mls nk pk ag wat masa skg ni sbb pikirn sy ngah kosong skg ni...baik pk sal keje je..xlarat dh.

Mas Koetot said...

wow..Good Blog,, Pernah Dengar DLINGO Visit http://www.margi-rekaos.blogspot.com/..ok c.u