Saturday, August 15, 2009

H1N1 menular kini

Salam semua...

Wah! rindu giler aku ngan 'umah usang' aku ni. lama betul x update citer2 yang terkini pasal diri ini. Maaf ya kalian semua. Kadang2 tu teringin jugak nak update sesuatu tapi idea plak tak ada..

Berbalik kpd topik yang aku cuba ketengahkan kini, H1N1 kini telah menular ke ngr kita. Kat opis aku skg ni dah di wajibkan memakai mask keselamatan tu. Aku pun tak terlepas dari memakainya. Hehe Sorang2 aku tengok macam doktor pakar aje. hehe...Ada runner kat opis aku, anaknya terkena virus tersebut dan di sahkan positif H1N1. Di sebabkan itu lah kami semua terpaksa memakai mask. Tak tahu lah macam mana keadaan anaknya skg ini. Harap2 semuanya akn menjadi seperti sedia kala. InsyaAllah.

Hari ini sesudah subuh pagi tadi along n abang ipar aku bertolak ke LCCT. derang ada misi n visi kat Bandung. Bercuti agaknya. hukhuk..so aku diamanahkan tinggal n tengok2kn anak2 n maid derang sementara mereka ke sana. Huhu..best la plak tiap2 tahun dpt g oversea mcm derang kan? Hmm..aku? satu malaysia pn belum habis jelajah lagi inikan pula nak pusing dunia orang. Hikhik...itu yang membimbangkan aku ni...Hope tak ada apa2 yang berlaku lepas ni. insyAllah.
Hope along n Abang ipar selamat pergi n selamat pulang...aminn!! jgn lupa belikan aku buah tangan dr sane...hukhuk..Kalau jumpa agnes monica sampaikan salam aku pada dia eh..hikhik..
(mcm lah agnes monica tu kenal aku!)

Tak lama lagi kita akn menyambut bulan ramadhan. Jdi, kepada semua pembaca n pengunjung setia blog aku ni aku ucapkan selamat menyambut hari ramadhan semoga bulan ini memberi kita pengertian yang sebenarnya dan dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNYA. insyaAllah..

Kepada semua..Thanks kerana sudi singgah n meninggalkan jejak hati di ruangan sembang2 kat umah usang aku ni. Sekurang2nya aku tahu korang masih lagi di 'sini'...Terima kasih dan jaga diri baik2..Assalamualaikum.

3 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

tau xpe..
da bpe rmai yg mati d sbbkn H1N1..
menakotkn btolla..
sy sndri pon dmm..tp dmm biase jr..bkn H1N1 tau..huhu..

ain said...

awk ok x cik diana?
baik2 tau skg ni..byk kes yg dtg tiba2..xdemam pape pn leh terkena virus..jgn lupa pakai face mask tau...

Shaharuddin Othman. said...

Kerana H1N1 semua manusia fobia.Nak mati tak kira H1N1 pun..
Kalu H1N1 takpe lagi...yang risau
takut B1N1....yang ni parah macam
kne control...
Semua orang pakai mask tapi....
yang sebenarnya ramai yang mati sebab lemas pakai mask....
Laris la mask kat kedai...
Nak jadi taukeh mask lagi bagus...