Saturday, May 23, 2009

Sibuk dengan anak-anak..

Bismillahirrah manirrahim..
Assalamualaikum

Agak lama aku tak coret pape dalam 'umah usang' aku ni. Hehe..bukan apa, busy sangat2 bila dah bertukar tempat kerja ni. Lumrah lah kerja tak pernah akan sudahnya mesti akan ada kerja yang menunggu meskipun satu dah siap malahan belum siap lagi kerja 'tu' dah tiba kerja 'ni' pula..kenalah terima..kan?dan buat yang terbaik even kita ni tak lah terbaik sangat tapi buktikan yang kita boleh seperti orang lain.

Maaf kepada kalian semua jika 'umah' ini tidak diupdate selalu seperti sebelum ini..akan tetapi akan selalu dipantau dan diteliti olehku jika ada kesempatan masa dan dihari hujung minggu sebegini. Walaubagaimanapun kalian semua tetap menjadi pujaan hatiku.(mcm skrip dlm filem P.Ramlee) hehe..jauh dimata dekat dihati..inikan pula tak pernah bersua muka namun utk dilupakan tidak akan pernah!

Alhamdulillah selama aku bertugas di HQ apa yg boleh aku rumuskan..OK lah..banyak step yang perlu aku biasakan. Aku jaga 7 cawangan naza dlm m'sia ni. tapi dalam banyak2 cawangan yg paling aku suka ialah cawangan melaka dan juru. sebabnya mereka suka 'follow up' dengan aku. dan aku pn memang sukakan org2 yang sebegini utk mendptkan hasil yg 'lumayan' utk ke proses 'k1'. Tapi ini bukan bermakna cawahangan yg lain aku tak suka..tak..aku suka semuanya! seperti naza Shah Alam,Penang, PJ,Klang,dan Bangsar. Ahamdulillah mereka semua bagi kerjasama yg bagus pd aku. Dan kerana kerjasama mereka lah aku boleh lakukan sptmana yg mereka harapkan. Thanks ya semua. Gud Girl! hehe..

Tapi penatlah sikit sbb kerja memang banyak. terlupa nak jawab soalan Cik Diana hari tu.'Saya ganti tempat Kak Mar kt sana'. duk kat meja dia jugak. senang2 call lah sy kat hq,ya cik diana. hehehehe...(gurau je tu). Balik pun malam. Baru aku tahu mcm mana cik diana boleh terlepas train dulu(cerita dr blog diana). kalau cik diana..dia terlepas aku pulak..tak sampai destinasi yg dituju dh turun dh. hehe kdg2 time balik turun LRT Taman Bahagia..kdg2 time pagi2 g kerja turun kat Dang Wangi..Hmm macam mana tu? ada satu hari..memang terlampau penat dan ngantuk sangat2..sampai terlepas balik kota damansara. Sepatutnya aku balik rumah dayah mlm tu(kakak balik kg, tumpang umah dia) dlm bas baru teringat yg aku dh salah balik rumah!..hehehe...tak apa lah yg penting selamat balik dan selamat pergi. Naik kereta mahupun bas sama je tapi kalo naik kereta lambatlah sampai opis..jalan jem..baik naik LRT, kan cik diana?hehe..

Oklah ..aku stop sini dulu. ada masa aku coret lagi. ini buat tatapan korang semua aje. aku pn dah lama nak coret pape. Rasanya macam banyak sangat nak cerita..tapi apakan daya..kalau aku bercerita..sampai esok pun takkan habis. hehe..Take Care dan selamat Maju Jaya..

Kepada anda semua selamat berhujung minggu. Adios!

p/s : kepada Fiza & pasangan, Mija & pasangan, Kak Lili & pasangan, Nur & pasangan dan semualah rakan2 yang telah mengundang aku ke majlis korang aku ucapkan selamat pengantin baru dan berbahagia serta kekal hingga ke akhir hayat.

No comments: