Sunday, April 26, 2009

Selamat Hari Lahir

Bismillilahhirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah hari ini 27hb April 2009 genaplah usiaku 23 Tahun. Rasanya tak terlewat untukku mengucapkan selamat Hari Lahir kepada diriku sendiri. Hehe..

Lewat jam 11 lebih semalam aku menerima mesej dari kawan baik aku Arniza. Tgk2 jam baru pukul 11.50 malam. Awal sangat wish..apa2 pun dia beritahu dia dah On The Way nak tidur so itu yang wish awal2. Nak juga jadi orang yang pertama,kan?hehehe apa pun terima kasih ingat tarikh luput cintaku ini. Tidak lama kemudian, Kak Yuni aku mesej. Masa tu aku masih lagi kat ruang tamu sambil edit2 mss sambil bertemankan radio Hot.FM. Ingat juga akak aku tu tarikh keramat adik dia yang 'mcm2 ada' ni. Apa pun aku reply balik mesej tu padanya.

Aku masuk tidur lewat jam 1.30 pagi itu pun masih banyak lagi mss yang belum sempat aku telitikan. Lepas ambil wuduk aku terus baring. Aku cuba pejam2kan mata tapi tak boleh tak tahu la kenapa mungkin disebabkan aku sudah tidur awal kot tadi. (lepas solat isyak aku terlena selepas telan ubat) dan aku tersedar dalam pukul 5.30 pagi tengok2 ada mesej dari mak saudaraku. Hehe Waah!tak sangka ciksu ingat besday anak sedaranya.

Masuk Pejabat tadi pun dayah dah wish siap nyanyi2 lagi lagu besday. Hehe Terima kasih semua. Terima kasih kerana ingat juga tarikh keramat aku ni. Terima kasih kepada semua dan semestinya hadiah paling special tahun ni adalah berjumpa dengan penulis kesayangan aku tu. Dhiya Zafira. Terima kasih ya kak belanja makan hari tu. Dan Penulis2 Alaf21 yang lain. Kak Lynn Dayana,Kak Anis Ayuni,Kak Hezzy Azra dan ramai lagi lah. Terasa diri ini sungguh kecil tika berada di kalangan mereka. dan Inilah saat yang paling aku tak percaya boleh bersua muka dengan mereka tapi tak sempat aku nak minta autograf daripada mereka. Lidah ni kelu bila berhadapan dengan mereka. Sungguh! benar tak bohong rasa macam tak percaya pun ada juga. Bergambar pun tak langsung semuanya Kelu! hehe apa pun mereka sporting! Terima Kasih Kak Dhiya Zafira, Kak Lynn Dayana,Kak Anis Ayuni dan semua lah. walaupun sekejap cuma namun berbesarlah hatiku ini dengan menatap wajah2 kekasih hatiku itu.

Oh! ya, terlupa sebenarnya hari sabtu 25hb April 2009 tu aku sempat menyelit2 di celah2 keramaian manusia di dalam showroom ini untuk keluar. sempat juga aku merayu2 ngan bos aku ni minta balik awal. Memandangkan Karnival di sini baru aje bermula pagi itu dan sememangnya ia menuntutkan banyak komitmen dariku tapi akhirnya bos lepaskan aku juga. Yes! hehe..iya lah lagi pun aku just jadi fasi aje untuk acara berkaraoke antara staf2 dan customer yang datang tapi seakan ramai pula yang nak jadi Fasi..so,baik aku laksanakan agenda yang telah lama aku plan 'itu'. semestinya ke Pesta Buku tu. Dan semalam hari ahad, aku datang lagi ke Pejabat hanya untuk menunaikan kerja2 terakhir bagi karnival itu. Dan aku sampai di rumah semalam lewat jam 7.30 malam.

Punya lah ramai orang yang berasak2 dalam PWTC tu. Aku sendiri pun boleh sesat cari jalan keluar. Pusing2 duk tang tu juga.Alahai..nasib baik juga sempat berjumpa dengan penulis2 kesayangan aku tu. Cuma ngan Mersik aje aku x berkesempatan berjumpa. Tak ngapalah mungkin bukan rezeki aku agaknya. Hehe Ngan Kak Aleya Aneesa ternampak dia dari luar Mc'D aje tu pun aku tak sempat menyapanya. So, pesta kali ni aku tak beli pun novel2 mahupun buku2 yang dijual disana.Dapat cium bau buku2 pun dah cukup. hehe..

Oklah apa pun terima kasih semua yang mengingati tarikh dan sudi mengucapkannya padaku.. segalanya kuterima. harap2 semuanya selamat. Amin..

4 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

dear ain,

happy besday to u..happy besday to u..happy besaday to ain..happy besday to u..=]
semoga awk sntiasa d beri rzki yg berpnjgn n di lanjutkan usia..

dr temanmu,
..........=P

Ain Aishah said...

terima kasih cik diana..
hehehe..insyaAllah harap2 pun mcm tu lah. hehe...

Shaharuddin Othman. said...

selamat hari jadi semoga tabah hadapi segala dugaan hidup dan murahkan razeki sepanjang masa.

Ain Aishah said...

TERIMA KASIH ABG DIN..
hehehe..insyaAllah harap2 mcm tu la