Wednesday, April 22, 2009

Interview

Pagi tadi aku cuba klik2 kat website Jobstreet yang selalu jugak lah aku lawati bila ada masa terluang dan memang tak sah kalau aku tak lawatinya hanya semata-mata mahu mencari pekerjaan yang bagiku saja nak luaskan pengalaman yang dah ada ni dan tambah mana yang kurang. Ok, berbalik kepada tajuk entry aku kali ini tak sangka pula tidak lama selepas beberapa jam aku apply kerja itu aku mendapat email balas daripada pihak JS berkaitan dengan temuduga yang bakal dihadiriku hari isnin ini. Sama macam dayah juga, position dan lokasi yang kuterima sama dengan dayah terima. Lokasi ni kat Menara Pantai kat Kerinchi KL sebagai Administrative Assistant.

Aku dalam delima ni. Masa nak klik butang apply dalam JS tak ada pula aku ingatkan diri 'Kalau aku dapat Job ni, adakan aku akan terima?'

itu persoalan yang tak pernah fikiranku terlintas dan tak pernah bermain2 dalam kepalaku dan apabila keputusan layak ditemuduga itu kuterima mulalah otak ini mereka-reka soalan yang entah bagaimana jawapan yang kuperlu kuambil, aku sendiri pun sudah naik buntu. Sememangnya aku tengah mencari kerja yang lain sekarang ini tapi bukan bermakna pekerjaan yang aku sekarang ni tak sesuai dengan apa yang aku inginkan atau pun aku tak 'happy' dengan apa yang aku sudah ada sekarang ni. Tak! itu bukan masalah bagiku. Kerja yang aku sedang pikul sekarang ni pun sudah banyak memberi aku pelbagai pengalaman dan pengetahuan dan ianya salah satu kerja yang aku teramat sayang untuk ditinggalkan. Susah payah aku berusaha untuk mendapatkan kerja ini dua tahun yang lepas takkan mungkin aku lupa macam tu aje. Itu sebab aku serba salah bila aku kenangkan semua ni. Masuk kali ini sudah 4 Kali JS meluluskan permohonan kerjaku namun setengah aku tak dapat job tu dan setengah lagi aku tolak. Tolak kerana aku rasakan cintaku untuk syarikat yang aku sedang berkhidmat sekarang masih lagi utuh. (kena ada perasaan cinta juga..kalau tak, kerja tak bersemangat!hehe) dan aku join syarikat tu dengan cara yang baik so aku tak nak keluar macam tu aje.

Tapi bila jadi beberapa insiden yang sememangnya aku takkan lupa sampai bila2. sampai bila aku nak makan hati,kan?orang takkan faham kita seperti mana kita memahami orang tu dan sesungguhnya kita tak boleh memaksa orang untuk memahami kita seperti mana juga kita memahaminya. Apa yang pasti aku tak nak semua ni berakhir macam ni aje.

Ishk tersasul lagi, Ok, berbalik kepada topik kita sekarang ni. Aku rasa kali ini aku memang nak pergi. Tak salah mencuba. Mana tahu yang di hadapan adalah suatu sinar untuk kita bergerak denga lebih maju bertapak2 daripada orang lain. Dan mana tahu rezeki ada di situ. mungkin!

Doakan aku semua.

No comments: