Monday, April 27, 2009

Kekasih dulu dan kekasih Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

kekasih Dulu dan kekasih sekarang itu lah tajuk segmen HotAm krew yang di terajui oleh dua jejaka tampan Hot.FM AG dan Kieran. walaupun fara fauzana dan Faizal Ismail tak ada namun panggilan dan pendapat2 dari para pndengar khususnya pendengar setia Hot.FM cukup menggamatkan suasana pagi aku. Pagi2 lagi sudah pasang TV sambil menyiapkan diri ke pejabat teling aku ni khusyuk duk dengar celoteh dua penyampai radio tu. Tak kering gusi aku gelak. Ada-ada sahaja yang dibualkannya. Hari ni mereka tampil lagi tapi kali ini tajuk panas sedikit semalam aku dah lupa! Wah! betul2 buatkan otak aku berfikir sesuatu. Kekasih lama? Kekasih sekarang? diantara mereka mana yang lebih OK? Hmm..entah lah susah mau bicara tentang perkara ini yang pastinya kalau tak ada yang lama takkan ada juga yang baru kan?mungkin!

Bagiku, perbezaan antara kekasih lama dan sekarang tidak lah ketara sangat dan istilah lama atau baru langsung tidak menganggu otakku. Cuma yang bezanya adalah watak dan perwatakan antara mereka. mungkin yang dahulu lebih loving, caring pandai hati kita dan yang sekarang ni susah nak betolak ansur, cepat marah dan macam-macam lagi perangainya. Percaya atau tidak itulah sikap dan perwatakan yang mereka pamerkan kepada diri kita. hanya kita sahaja yang mengetahui baik buruk mereka. Kalau kekasih yang dulu begitu romantis sikapnya, suka ambil berat tentang diri kita, terlalu banyak masa yang diluangkan bersama kita malah berjumpa pun mesti dan WAJIB setiap hari maka itu adalah satu bonus buat kita yang sentiasa dipayungi dengan taburan bunga - bunga cinta namun jika kekasih kini yang sikapnya langsung tak menepati pilihan hati kita, susah untuk berkomunikasi malah selalu memberi dan mereka-reka pelbagai alasan serta acap kali mengatakan 'penat' untuk temujanji yang telah dirancangkan maka fahamilah dengan hati dan akal yang bijak. Terimalah dirinya seadanya begitu. mungkin mereka memerlukan sedikit 'pengorbanan' dan sedikit ruang hati kita untuk memahaminya. Tak salah jika hari ini kita bersikap demikian dan tak rugi untuk kita bersikap sabar dengan sikap sesetangah pasangan yang mengalami situasi begini. Mungkin dengan cara begini, kita juga dapat meningkatkan tahap kesabaran di dalam diri kita. TETAPI .. bagaimana pula kalau pasangan kita yang sekarang ini memang susah ntuk bertolak ansur? sah kan bawa berbincang inikan pula ingin bersembang lama menyelami perasaan pun payah? Maka disinilah letaknya kebijaksanaan hati kita untuk mengatasinya. Baik pihak perempuan mahupun lelaki semuanya mestilah wujud kesedaran sivik antara mereka. Apa salahnya merendahkan sikit ego yang ada pada kaun adam ini kepada kaum hawa yang lemah,tak salah kan?

masing2 inginkan kesempurnaan dalam sesebuah hubungan. Baik dari yang sudah berkeluarga punya anak2 yang menceriakan dan melengkapkan sesebuah institusi kekeluargaan malah yang sedang hangat di lamun cinta haruslah punya sikap 'give and take' jika mahu kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga akhir hayat. Peranan 'give and take' itu sendiri andai di hayati dengan mendalam boleh memudahkan lagi proses P&P (persefahaman & Pengenalan) antara pasangan barulah teguh peribadi rumahtangga.

Di sini, tidak adil untuk saya mengatakan siapa yang lebih OK sama ada kekasih dlu dan kekasih sekarang sebabnya masing-masing punya keistimewaan dan sikap yang tersendiri dalam memikat hati setiap pasangan. Kalau tidak, masakan kita boleh terus melupakan kekasih yang dulu walaupun kekasih dulu itu kita umpamakannya sebagai 'kau kekasih awal dan akhir' sedangkan apabila kita mengenali dan menyulami bibit cinta dengan kekasih sekatang ini kita mampu meluputkan nokhtah percintaan kita. Jadi, dalam erti kata lain kekasih dulu mahupun sekarang tak banyak perbezaannya walaupun layanan dan 'pengorbanan' yang kita terima itu tidak setimpal dan selumayan yang terdahulu tak ngapalah... terima lah seadanya dia seperti mana dia juga menerima anda sekarang ini. Yang lepas tu lepas lah. Buang yang keruh ambil yang jernih yang lepas jadikan pengalaman dan titik- titik bermulanya 'perjuangan' kita yang selama ini sukar untuk digapai. Ingat! Allah menciptakan setiap hambaNYA berpasang-pasangan dengan akal, kebijaksanaan dan sikap yang berbeza-beza. Pokok Pangkal adalah hati. Jika nawaitu hati kita elok maka eloklah 'ia' jika sebaliknya haruslah kita elakkan.

Jadi, kepada semua yang diluar sana tu..Jika kekasih anda yang sekarang ini tidak seperti kekasih yang dahulu tak mengapalah..anggap aje lumrah kehidupan. terima dan fahami lah sikap mereka seperti mana mereka juga menerima dan memahami sikap anda. Jika mereka boleh mengapa tidak anda? sama-sama lah perbaikki untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Mana tahu esok2 anak-anak anda pula bertanyakan tip2 dari anda? pasti saat itu anda akan tersenyum mengingati detik2 ini.

Dan kekasih lama itu, anggap aje semua itu bukan jodoh kita. Dia bukan untuk kita dan sesungguhnya pasti akan ada seseorang untuk kita suatu hari nanti. Jangan lemah dengan airmata kita sendiri dan jangan mudah tersungkur dengan kekecewaan yang lepas. Tak salah jika anda membandingkan dirinya dengan kekasih yang sekarang ini namun berwaspadalah jangan sesekali anda berlaku tidak jujur pula dengan pasangan anda yang baru ini. Tiada yang lama tiada pula yang baru. Adatlah dunia sekarang ini semuanya silih berganti yang pastinya DIA ada jawapan untuk penyelesaian anda.

Renung2kan lah dan selamat beramal...
Sekian.

No comments: