Friday, April 17, 2009

MC Lagi

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..
Jangan terkejut melihat gambar yang tertera diatas itu. Semua ubat itu aku perolehi dari doktor daripada Klinik Panel aku. Niat hati aku nak temankan Ester aje pergi amik ubat sebab kakinya bengkak insiden terjatuh dan terlanggar dengan anak perempuannya tu. Alang2 aku pun nak pergi tapau makanan. Jam masa tu pun dah menjangkau ke angka 1.30Petang so aku teman lah amoi tu. Dalam Kereta..aku bitau telinga aku ni sakit. Dia tengok kesan dan tempat yang aku tunjukkan tu. memang baginya 'berbisa'. aku tak tahu 'berbisa' yang bagaimana maksudnya tu tapi bagi aku selagi tak check selagi tu aku tak puas hati. Nak tak nak..time nak register untuk amoi tu..ada masalah amoi tu xda kad sebab HQ tercicir kad tu dent Pihak klinik tu pun call lah panel tu..Tak lama kemudian Akak yang jaga kaunter tu mengangguk tanda lepas. senyum ester.
So..dalam aku tunggu 'kes' amoi ni settle aku pun isi juga form tu..tak sampai lima minit namaku dipanggil. Aku menjengah masuk ke dalam bilik yang kali kedua aku kunjungi itu. Senyuman yang sama tapi lebih mesra kuterima daripada seorang doktor india mungkin menyedari minggu lepas pun muka aku juga yang ditatapnya. Sejak aku duduk kat kerusi putih tu..bermacam-macam soalan yang ditanya. takut juga aku dengar suaru doktor tu suruh assistantnya ambil apa tah dan lepas tu dia masukkan alat besi (aku xtahu nama alat tu tapi besi la utk melihat dan mengesan sst dlm telinga) sakit! mahu aje aku menangis kat situ. Hmm..Tuhan aje yang tahu. Last2 aku OK..tahan dari airmata ni nak keluar. Tak nak mengalir dpan doktor ni.Malu!hehe. Dah lama tu semua selesai. tapi kesakitan tu masih terasa lagi la sampai saat aku ngah menaip ni. Dan Doktor tu sekali lagi bagi aku MC ni.hehehe...Tapi bila check dalam kereta time nak balik Opis...rupa2nya tarikh MC tu 17 April 2009!! hehehehe...Macam mana ni?Hmm burn aje la nampaknye. Dalam fikiran aku mmg aku tak nak dah MC. kalau aku MC kali ni..maknanya 3Minggu berturut aku MC. alamaknya ....Kes 'BOtak' tu tak selesai laa..banyak kes dan kerja yang aku belum selesaikan lagi tak boleh tinggalkan macam tu aje. kerja tetap kerja! MC tu lepas siapkan dan bereskan semua ni baru boleh MC dengan senang hati. hehehe
Bulan April banyak bagi cabaran pada aku. tapi yang pastinya aku mesti kuat melawan semua ni..dugaan hidup takkan ada manusia di dunia ini takkan diuji olehNya...
Sekian. Take Care..Wassalam.

4 comments:

Shaharuddin Othman. said...

orang tulis gan tangan..bukan gan telinga....heee..

Ain Aishah said...

hehehe..'tulis' ngn telinga perlu juga sebab itu satu cara pembelajaran spy kita lbh peka...

~..PriNCEss DyaNa..~ said...

huhu..btol tuh..
xde manusia di dunia ni yg tidak di uji olehNya..termskla sy..
huhu..tp sy xkuat laa..

Ain Aishah said...

kuat tu bkn dinilai dr segi ketahan fizikal aje cik diana..tp istilah 'kuat' tu juga dinilai dari segi mental dan ketabahan kita dlm menangani sst masalh tu..jgn cpt pts asa..DIA sentiasa ada dengan kita..