Friday, April 17, 2009

Pape lah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua ..

Pagi tadi usai aje solat subuh boleh pulak aku on kan lappy tu saje nak dengar lagu nasyid dan lagu2 pujian Allah s.w.t ambil mood la katakan utk bersemangat nk pergi kerja. Hehe aku keluar rumah tadi dalam pukul 7.30pagi...memandangkan hari ni sabtu minggu ke-3 so terpaksa lah aku naik bas g Opis nasib baib Opis tu dekat aje..TTDI. Sesampainya aku kat opis ni..tak tahu nak wat apa..asyik tengok kereta aje lah. paling x pun kereta tengo riuk aku.hehe..sabtu selalunya riuh dengan pelbagai aktiviti tapi tidak hari ini. Ya Allah ... nak submit ape pun xboleh sebab HQ pun cuti juga so aku geledah lah umah orang. maaf ya korang semua.

Aku pun tak tahu agenda apa yang aku akan habiskan cuti dua hri nanti. apa yang pasti aku nak mencari 'ilham' yang dahulu pernah 'hilang' untuk segarkan balik apa yang sudah aku layukan. Hmm..harap2 'ilham' tu dapat mengembalikan 'senyuman' ini. Yang pastinya Form yang telah lama aku simpan sudah aku isi hanya menunggu untuk dilayangkan saje. Dalam hati ini teramat rindu padanya. Tuhan saje yang tahu betapa anaknya ini merindui ibunya yang sekian lama tak berjumpa. hanya sesekali aku mendengar suaranya saja ditalian itu pun belum dapat puaskan hati ini sesungguhnya aku nak lihat cahaya keibuan itu dalam dirinya.

Teringat pula perbualan antara aku dan emak. Masih ingat lagi tarikh lahir anaknya ni walaupun aku ni adalah sorang2 saje anaknya yng lahir berlainan bulan dan agak 'jauh' daripada adik beradik yang lain. Saat ma ucapkan ucapan tu rasa riang melonjak2 bagai gunung yang sedang menyanyi...ini belum sampai harinya lagi. Tahun lepas, mak hanya wish melalui SMS saje itu pun sudah cukup untuk bersyukur sebab tahun lepas sorang pun adik beradik ku tak ingat langsung tarikh keramatku itu sedangkan time tu semua adik beradik berhimpun dan Ayah aku pun ada sekali kat KL. Sedihnya...Dan selang beberapa hari baru mereka tahu itu pun kerana hadiah yang kuterima dari kawanku yang diposkannya. Itu kisah tahun lepas, mungkin masing2 busy dengan kerja dan urusan peribadi bagiku tak ngapalah. Asal aku ingat tarikh lahir mereka dah lah. Sekurang2nya aku masih ingat ulangtahun mereka. Aku hampir terlupa tarikh lahirku sendiri dan hampir2 aku terlupa yang aku akan mencecah umur 23tahun dalam masa beberapa hari lagi..Itu lah Ingat besday aku ni nak wat surprise padanya..Nak muncul di depannya pagi2 kat KG. Rindu Ma.....!!

p/s: Mak, orang nak hadiah yang ma cakap nak bagi tahun lepas. Hadiah mak utk tahun ni awal2 orang dh beli...cuma tunggu hari aje nak bagi. Sayang Ma..

No comments: