Thursday, April 30, 2009

Dan

Dan aku baru berYM dengan dayah opismate aku tu. Dia beritahu salah seorang antara aku dan dia terpaksa ke HQ! itu yang aku dengar dari berita yang bos beritahunya seawal pagi tadi dan aku menerima panggilannya lewat tengah hari tadi. bercerita itu dan ini..



Sebenarnya, Sorang staf yang jaga branch ttdi dan beberapa branch yang lain telah berhenti memandangkan hanya branch tempat aku bekerja saja yang punya admin dua orang maka big bos atasan akan menarik salah seorang antara kami. Fuh! takut juga aku mendengar. Tapi daripada cerita yang aku dengar dari dayah tadi Big Bos tu banyak tanya pasal aku. kenapa aku cuti hari ni dan macam2 lagi lah. Bos aku pula nasib baik 'bijak memberi alasan' hehe.



Teringat pula dua tahun yang lepas sewaktu aku mula2 untuk join syarikat ni aku di interview terus dengan Big Bos tu bukan dengan branch manager yang sekarang ni. Itu lah kali pertama aku bersemuka dengan bos atasan aku tu. Takut juga waktu itu iyalah takut ditanya 'macam-macam' dan takut pula 'soalan yang pelik2' aku terima. Last2 alhamdulilah..seakan rasa bersembang pula dengannya dan Kak Noor yang waktu itu pun ada sekali.



Oklah, aku ceritakan serba sedikit bagaimana aku boleh join dalam syarikat tu. First dalam tahun 2006! waktu tu bulan 10. aku masih ingat lagi tarikhnya 09/10/2006 tu tarikh aku masuk syarikat tu. Setelah 5 bulan aku menamatkan pengajianku dalam bidang Sijil pengajian perniagaan di Pulau Pinang. Itu lah syarikat yang pertama aku bekerja. Tidak lama beberapa bulan lepas tu aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di peringkat Diploma di Shah Alam tapi hanya setahun sahaja. Tika aku dalam paper dan final semester aku dapat offer balik kerja dulu. Alhamdulillah selepas 10 hari aku menamatkan kesemua paper semester 6 tu aku mula berkhidmat di syarikat tersebut. 15/12/2007 itulah tarikh aku start kerja buat kali kedua hingga lah sekarang ni.

Dan rasanya tak sabar aku nak masuk semula opis hari sabtu ni. teringin benar aku nak tahu siapa antara kami yang terpaksa ke HQ. Kalau ditakdirkan aku ke sana aku terima segalanya. dan jika khidmatku masih diperlukan lagi di sini aku tetap terimanya.

p:s/ to Dayah - aku masih nak bekerjasama dengan kau lagi.

to all - Entry ni di buat semalam 30/04/2009 tapi di postkan pada hari ini 01/05/2009
Apa2 pun selamat hari bekerja dan selamat berhujung minggu.

4 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

yeke..lau awk dok kt HQ..hehe..bersiap sedia la dgn ragam n karenah die tuh..haha..
pape pun whether u or dayah yg akn bertugas di sana..i wish all best n gud luck..=]

Ain Aishah said...

hehe..
gud luck to u too miss diana..
ishk susah x cik diana?
die tu ok x?

~..UdadyaNNa..~ said...

haha..no komen..
tp awk akn tau sendri t..

Ain Aishah said...

huhu..
cik diana sy dh tau da..
tp tu sy g time closing file..
sy duk kat tempat kak mar dulu. huhu takut juga sbb btl2 dpn bilik dia..apa2 pun alhamdulillah semua ok. Tempat awak dlu still ada calculator nama awak lg..hehehe