Monday, May 4, 2009

Akhirnya

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum

Hari ni aku masuk opis seperti biasa namun ada sesuatu yang menggusarkan hatiku bila kaki melangkah keluar dari rumah pagi tadi. Aku tahu sejak dari hari tu lagi aku asyik memikirkan tentang itu. Aku tak pasti siapa dan aku tak kisah siapa pun. Masuk opis akuu wat kerjaku seperti biasa pagi2.

Dalam pukul 11lebih kak Nor HQ telefon borak2 ngan dia pasal customer ester tu. Lepas tu terus dia sembang pasal tu. Aku jadi gundah. Aku tahu HQ memang tak cukup orang. Aku hanya jadi pendengar saja. last2 dia mahu bercakap ngan bos aku sendiri. Tak lama selepas mereka berbincang aku dan dayah dipanggil masuk. Aku dah dapat agak dah apa yang bos nak beritahu kami.

Bukan aku tak nak pergi, bukan aku tak nak terima 'pertolongan' yang HQ pinta dariku. Bukan sebenarnya tapi padaku ada orang yang lebih layak lagi berada di sana dan gantikan tempat yang kosong tu. Aku akui tempoh kerjaku berbanding dirinya memanglah jauh namun rasanya tak salah kalau 'pengalaman' itu diberikan padanya. bukan kah lebih elok kalau diasah dari sekarang? Dalam diskusi tadi aku kepala aku ligat memikirkan itu dan ini. Last2 Kak Nor telefon lagi dan sekali lagi mereka berdiskusi di talian. Aku dan dayah hanya mendengar sahaja. Sesekali mata itu memandangku sambil tersenyum. Aduhh..senyum lagi. Suka benar buat hatiku berteka-teki. Bos nii...:-)

"Awak kena pergi juga. Ni bukan saya yang buat keputusan 'dia' yang buat keputusan"

Itulah kata2 bos aku tadi. Nak tak nak aku terpaksa juga ikut semua ni.

Sebenarnya, aku memang tak yakin dengan semua ni. Takut jikalau 'pertolongan' yang diberi ini tidak menepati apa yang dikehendakinya. Selama ni memang aku boleh buat even sorang2 sekali pun cuma kali ini berlainan sikit. Aku just jaga branch tempat aku kerja jer. Tak terfikir dek akal nak jaga sebanyak 5 or 6 branch. Fuh.. pening! mungkin lepas ni aku boleh tahu sesuatu di sebalik ni..hmmm. i mean prosedur di HQ!

Sejak dari pagi hingga ke petang aku banyak selesaikan kerja2 yang akan aku tinggalkan pada dayah. Dari Check stok(kereta) belum masuk Aksesori kereta lagi. dan satu2 aku tunjuk tempat mana aku letak aksesori semua tu. Harap2 dia boleh bersedia dengan semua ni lepas ni sbb banyak aku terima memo stock nak masuk. Hehe Dayah..cool ya?!

Aku balik lewat sikit. kemas2 barang apa yang patut dan pukul 6.30petang baru aku keluar dari bangunan naza autoworld tiga tingkat itu.

Dan sekarang aku masih ligat berfikir tentang esok. Hehe percaya atau tidak.. aku memang tak percaya semua ni. Banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak aku sekarang ni. Pasal 'pergaduhan' yang aku ceritakan itu aku malas nak panjang2 kan semua tu. Aku tegur juga mereka sebab aku tak nak n tak reti gaduh lama2. hehe...

K lah aku nak masuk tdur. Esok2 awal pagi aku nak gerakkan misi dna visi aku ni. Harap2 aku berjaya 'melawan' gundah aku ni. To dayah..harap kau ceria ya..nanti calling2 la aku kat HQ. hehehe....

Jaga diri baik2 dan selamat maju jaya. Pada anda terima lah sesuatu 'pemberian' itu dengan ikhlas hati anda dan jangan punahkan 'kepercayaan' yang telah orang lain letakkan pada diri anda. You must do it! Buktikan pada mereka. Itu suatu 'nasihat dan galakan' kepada anda yang diluar sana yang mempunyai perasaan sama seperti saya. Saya ingatkan anda secara tak langsung saya sedang memberi semangat kepada diri saya sendiri juga agar tidak mudah patah semangat. Seorang hamba Allah pernah berkata pada saya

'Mungkin rezeki awak ada disana kan. siapa tahu hanya Allah yang tahu. Ada hikmah semua ni. Awak kena yakin,k.'

Terima kasih semangat tu....walaupun tidak pernah bertemu 4 mata namun seakan lamanya ukhuwah ini dibina. Terima kasih banyak2. Dan aku tetap menyokong drinya. Hope2 dia cita2 nya itu akan terlaksana.


p/s: Mungkin aku akan 'bercuti' buat seketika drpd berblogging buat masa sekarang ni. Terima kasih pada kalian semua yang masih sudi dan setia singgah di teratak usangku ni. Aku harap aku boleh belajar sesuatu di sebalik semua ni dan berilah aku petunjukMU agar dapat kuusaikan semua ini dengan sebaik mungkin.

2 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

akhirnya segala teka teki yg bermain di minda awk da trjwb..
eh, nk tye awk gnti tmpt sape kt hq tu???

ainainshah said...

bkn gnti la cik diana..just g tlg2 je. He2 tp best jgk.he2 ni sy otw blik. Bkak gna hp je.kalo xclear t kta msg ya.