Wednesday, April 29, 2009

Cuti

Bismillilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti! Sengaja aku apply cuti untuk sehari ni memandang esok cuti sempena hari buruh. Aku nak stay kat rumah nak ambil angin dan tenangkan fikiran yang semakin hari aku simpan semakin serabut sangat2. Mengadap lama2 wajah2 staff kat pejabat tu watkan hati aku panas dan sesak je. menyakitkan hati! Maaf, bukan aku nak mengaibkan sesiapa dalam hal ini tapi hanya luahan hati kecilku saja. Mungkin ianya di luar jangkaan akalku selama ini.

Bos aku pun senang aje sign form cuti untuk kali ini tidak ada pula soal jawab antara majikan dan pekerja semalam hanya menyuruhku edit balik tarikh cuti itu dibuat. Maaf, ya bos saya tak boleh bekerja dalam keadaan macam tu. Saya dibayar untuk bekerja dengan syarikat itu bukan dibayar untuk bekerja dengan 'mereka' dan bukan 'mereka' yang bayar gaji saya.

Tak tahu lah mengapa banyak sangat masalah dalam tu. Salah siapa sebenarnya?aku kah yang terlalu 'baik' sehingga orang boleh menindas diriku sebegini rupa?atau sikap yang dimiliki oleh 'mereka' itu yang buatkan hatiku rasa 'sesak'? Ya Allah..rasa nak lari aje tapi aku bukan begitu. bukan itu cara penyelesaian yang terbaik dalam hal ini. Dalam kerja biasalah kalau tak sehaluan dan adat bekerja lah kalau dimarah2 begitu,kan? tapi persoalannya.. mengapa daripada 'mereka' yang 90% kerjanya diselesaikan oleh aku dan ramai lagi? mengapa tidak daripada pihak atasan mahupun bos aku sendiri? tidak masuk akal langsung!

Sejak akhir-akhir ini banyak pula 'pergaduhan' kecil yang tercetus antara aku dan salesman di sini. sudah lah kerja2 nya aku buat. dari key-in booking hinggalah kepada register. itu kalau xda masalah jika ada masalah aku juga tempatnya mencari penyelesaian. Bukan aku nak merungut mahupun berkira. Alasan itu semua langsung tak pernah aku pertikaikan. Dah namanya lagi kerja aku. Cuma aku tak puas hati dengan sesetengah sikap yang ada dalam diri segelintir salesman sekarang ini. Aku tahu aku just bekerja makan gaji tapi itu bukan bermaksud aku budak suruhan korang! Aku hanya ikut arahan daripada bos saja. Apa perasaan korang jika fail yang diisi dengan dokumen customer di baling2?lepas tu marah2 sesuka hati? tak ke sakit hati? Aku boleh buat semua kerja tu. Apa salahnya jika cakap elok2. Nak suruh dan minta tolong kita payah sangat ker nak cakap dengan baik?Kita yang nak buat kerja 'dia' pun senang aje hati.

Masih terngiang2 lagi ayat bisanya tu semalam! memang gaduh la semalam. nasib baik bos dah keluar. Admin just ada dua orang saje kat opis tu. Sebelum ni dah gaduh ngan aku senang pulak dia baik ngan sorang lagi. Bila dia gaduh ngn sorang lagi mulalah 'baik' ngan aku. lepas tu dan 'gaduh n 'marah' aku boleh pulak buat muka selamba 'baik' gan sorang lagi.

Aku malas nak panjang2kan citer semalam. Ikutkan hati ni mau saja aku nak semburkan kemarahan yang membuak-buak pada 'dia' tapi alhamdulillah dapat juga aku kawal tahap kemarahan aku semalam. Dengar kata2nya tu memang watkan hatiku sakit. Tingginya suara tu rasanya bos pun tak pernah marah aku macam tu. Aku dibayar untuk buat kerja2 korang bukan untuk dimarah2 dan dimaki hamun. Please, aku bukan manusia yang boleh korang pijak2kan! bila nak marah langsung tak kalih belakang. please, hormatlah sikit orang yang banyak selesaikan 'kerja' korang. kalau bukan aku sekali pun hormatlah bos tak pun seangkatan denganku. Tanpa mereka 'kerja' korang tetap akan terbengkalai.

Aku tak minta untuk diberi imbuhan mahupun belanja atas komisen yang korang dapat. cukup kalau korang hargai dan ucap 'terima kasih' pada kami. Itu pun dah memadai bagi aku. Tak nak ucap pun tak per at least bahasa tu biar 'elok' sikit. Biarlah kita yang 'buat' kerja korang tu rasa dihargai. OK?! Walaupun perbezaan umur mahupun jawatan tu mmg jauh sekali namun tak salah kan kalau kita sama2 menghormati sesama kita?

Cuba lah jangan merungut jika diberi sesuatu tugasan tu. kerja lah kat mana-mana syarikat pun semuanya sama juga kalau sikap dan nilai peribadi tiada dan tak diubah dalam diri tu. Jangan membanding2kan antara kerja korang dengan sesiapa. Setiap kerja dan jawatan yang disandang punya keistimewaan masing2. berubah lah.. jangan lah kita samakan perangai kita seperti kanak-kanak bawah umur. kita sudah dewasa. buang semua tu!

Maaf, kalau entry kali ini sedkit 'panas' dan 'berapi' sikit. Aku sudah tak tertahan menanggung semua ni. Bukan aku mahu lari dari masalah ni cuma aku mahu sikit ruang utk bernafas. bernafas dari 'kemarahan' yang semakin sakit dihati. Korang nak marah ker nak ape ker terpulang lah. itu hak korang. cuma hormatilah orang lain jika korang mahu orang lain hormati anda.

p/s: Please bagi kerjasama kalau korang nak 'kerja' korang selesai dengan cepat.

2 comments:

Bro Framestone said...

out sikit je--> dah cancel pun huhuhu.. Ou parking mahal he..23x kat sunway murah sikit.. he..23x la ye ke.. plan pun last minit... if nk ajak jumpe 2-3org leh je..no prob

Ain Aishah said...

bro FS..
hehehe..
mahal ker?
last minute tu yg ssh
byk kerja yg dh di plan kan