Monday, March 23, 2009

Solat Istiqarah


Aku terpanggil untuk menulis entry kali ini dengan bahan bacaan yang seperti yang tertera diatas. sebenarnya buku Koleksi 100 Solat-solat Sunat ini sudah lama aku belinya dan buku itu telah di pinjam oleh bos aku sendiri Encik Ibrahim entah bulan berapa dia pinjam aku dah lupa. Sedang aku kalut dengan paip yang rosak di bilik air tingkat dua ini tetiba aku terlihat buku ini berada diatas mejaku. Oh, baru kuteringat siapa yang meminjamnya sebab sebelum ini aku memang tengah mencarinya. Aku cuba belek-belek kembali isi kandungan dan pengisian dalam buku tersebut. malah sikit pun aku tak jemu dengan bahan bacaan ini sikit-sikit aku lebih mendalami kaedah dan cara-cara solat yang terkandung dalam buku tersebut.
Sebenar, aku ingin berkongsi dengan kalian semua sesuatu yang kurasa baik untuk diamalkan walaupun ianya senang untuk didirikan. Ia salah satu amalan yang sememangnya amat berguna pada kita semua tidak kira kita mahu menjadikan ia untuk penyelesaian masalah mahupun penentu arah hidup kita. walhal dalam islam pun, solat ini amat dititikberatkan kepada semua golongan yang beragama islam malah erti solat ini juga adalah untuk memohon kepada Allah S.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta hajatnya, yang ia masih diragu-ragukan antara baik dan buruk pekerjaan tersebut. Itulah erti sebenar solat Istiqarah.

Sama juga kalau kita sedang dilanda masalah ataupun jiwa
kita dihambat rasa bersalah ataupun ketenangan kita tergugat, tidak salah untuk kita mendirikan solat ini untuk memperoleh ketenangan yang kita sendiri belum pernah mendapatnya sebelum ini. Malahan jiwa kita juga akan merasakan satu transformasi yang berbeza jauh dari diri kita sebenarnya. Ia sama juga dengan solat-solat yang lain namun pengisian dan amalan daripada solat istiqarah ini akan dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNYA.
Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya."
Petikan daripada Panduan Lengkap Sembahyang
sedikit sebanyak hati kita akan tenang dan kita akan tahu bahawa DIA sentiasa dan selalu ada dengan kita. cukup indah nikmat Allah s.w.t. ini. Amat rugi kalau segolongan antara kita jarang untuk mempraktikkan solat ini. Sesungguhnya segala masalah itu semuanya datang dariNYA dan segala ubat dan penawar itu juga datang dariNYA. berdoalah dan ambillah peluang keemasaan ini sementara kita masih lagi bernyawa...
renung-renungkanlah dan selamat beramal..

4 comments:

editor said...

selalu-selalu la sholat Istiqarah tu jangan nanti ada masalah je baru nak buat yeee....Hebat mana pun kita sebagai hamba di muka bumi ini akhirnya kepadaNYA kita berserah.....amim...

Ain said...

ye betul tu! saya cuma ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca yang lain supaya saling igt mengingati antara satu sama lain. saya igtkan mereka secara tak langsung saya juga sedang mengingatkan kpd diri saya sendiri. tak salah kan?

~..PriNCEss DyaNa..~ said...

waa..tertarik hati sy dengan kandungan buku ni..
t leh pinjam x???

Ain said...

Boleh aje cik diana..
utk cik diana..apa2 pun boleh..hehe