Tuesday, March 24, 2009

Cuti - cuti Malaysia

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua

Hari ini sekali lagi saya ingin berkongsi sesuatu dengan kalian yang masih lagi setia menapak di rumah saya ini. Kali ini kita ke Pahang. Bumi Pahang sememangnya kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang cantik, menarik dan da bomm. Memang tak rugi kalau kalian singgah sekejap di negeri yang terkenal dengan masak lemak ikan patin itu. Justeru hari ini saya ingin menyingkap rahsia di sebalik keindahan yang ada di negeri yang tersohor dengan Gua Senyum ini.

Memandangkan Nenek saya kini menetap di negeri ini saya berkesempatan untuk menikmati keindahan alam fauna dan flora ciptaaNYA ini dengan lebih dekat. Kunjungan saya tidak lengkap jika ahli keluarga dan sanak saudara tiada sekali. Cuti penggal pertama bulan Februari 2007 kami sekeluarga telah mengadakan kenduri ke rumah pengantin pihak lelaki (Hantar Menantu) bagi kakak sulung saya di teratak suaminya di Felda Kg New Zealand, Maran. Memandangkan kawasan rumah dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk kami semua bermalam di rumah pengantin lelaki, maka kami bersepakat untuk menginap dua hari satu malam di Resort Semuji,Pahang. Pada mulanya kami hanya menginap untuk dua hari aje tetapi memandangkan kawasan dan tempatnya yang begitu tenang, strategi dan cantik bagi kami jadi mengambil keputusan untuk melanjutkan lagi tempoh percutiaan kami. Malam Pertama tidak banyak yang boleh kami jalankan aktiviti memandangkan masing-masing semua dalam keletihan. Menjelang esok paginya, saya dan sepupu yang lain sibuk dengan aktiviti menyusuli jalan-jalan yang ada di resort ini. Seingat saya hanya pemandangan hadapan sahaja yang cantik rupa-rupanya saya silap, ada lagi yang lebih cantik dari itu.!

Malam kedua, kami sekeluarga mengadakan aktiviti pertandingan memancing memandangkan kebanyakan ahli keluargaku lebih gemarkan aktiviti santai itu. Di sini lah aktiviti itu telah diadakan dan ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami.


Dan malam seterusnya agenda lain banyak telah kami isikan sebagai kenangan kami di sana. Sungguh menakjubkan. kepada anda bercutilah di Malaysia dan nikmatilah keindahan ciptaanNYA.. semuanya ada di sini....









6 comments:

Samdaddycool said...

pergghhhhh.. cantik gila New Zealand.. oopsss Felda New Zealand

Anonymous said...

hehehehe..cantik kan?
ni kg abg ipar sy aje,..ada masa singgah la ke sana.

~..UdadyaNNa..~ said...

cuti-cuti malaysia yekk..t jom blk kg sy pla nak..

Anonymous said...

kg awak kt mana cik diana?boleh jugak..hehehe

Shaharuddin Othman. said...

kat kg kita lagi cantik...
nak datang bagi tau ye...
kua..kua..kua..

ain said...

hehehe..insyaAllah..akn dtg jugak sane