Wednesday, March 4, 2009

Sama Cantik Sama Padan


Pagi2 aku masuk pejabat ni dah mula dengar celoteh opismate aku tue marah2 pd general worker kat sini..aku tengok aje sakit2 je aku mencelah last2 aku biar aje kawan aku tu dengan amarahnya tu..tengok muka si ruben tu dah kesian..masam mencuka aje. Bila lelaki india tu turun setelah aku bagi arahan suh panaskan enjin kereta dan lap2 kete aku terus merisik pasal kemarahan dayah tadi tu..pagi2 dah bising kenapa..baru aku tahu pasal punch kad aje..hehe saba2 dayah..pakar motivasi ni coming..huhu..
Dalam2 tengah aku sibuk dengan kerja harian yang makin bertimbun ni..aku, cuba2 klik FS. tangan ni pulak terlebih gatal nak klik 'home' kat FS aku tu. tiba2 aku tengok satu pofile yang pernah aku ada suatu ketika dahulu..dalam hati terdetiklah jugak ' tengok jugak aku rupanya' aku masuk kat profile FS die tu tiba2 aku ternampak satu gambar yang macam diatas tu..mungkin ini isterinya..dalam hatiku ' cantiknya isterinya'...terkedu aku sebentar melihat kemesraan yang diamerkan oleh pasangan ini walaupun sekadar dalam gambar namun jauh di sudut hati aku menyatakan dia benar2 bahagia dengan rumahtangganya kini yang dah makin utuh ditelan masa. Aku pun apa lagi terus save picture ni sbg koleksiku tak ada niat apa2 pun..Aku panggil dayah tgk..seakan berbisik aje kat telingaku sbelah tadi ' patutlah..cantik' aduuh..terguris rasanya rasa hati ni..tapi aku senyum aje cepat2 aku matikan agakan yang tersirat dalam hatinya apatah lagi dengan perbuatannya yang sedikit mengurut belakangku......'alah..benda dah lepas lah..' tu yang aku cakapkan pada dayah.
Mungkin ini yang dinamakan hikmah..masa hari perkahwinannya pun aku tak pergi (jauh) aku minta ngan along dia pun sampai sekarang aku xdapat tengok. nak sangat hati ni tengok mereka dari jauh walaupun aku tahu hakikat yang sebenar aku sendiri tak nak tengok dan aku tak tahu macam mana aku nak berdepan dengan mereka. Sungguh payah aku rasakan hari ni..Sikit2 kenangan lalu menerjah kotak hati ni. Ahh..aku tak perlu itu semua!!! ...yang penting sekarang aku hanya boleh doakan kebahagiaan mereka sahaja.. Mungkin dulu aku terlalu taksub dengan 'kepercayaan' dan 'kasih sayang'nya tu pada aku itu yang membuatkan aku merasakan sebegini rupa..hahaha kelakarnya aku time tu..terasa diri ini bodoh sangat menangis kerana seorang lelaki dan perpisahan ini..Tapi sekarang..aku yakin setiap yang berlaku semua ada hikmah dan sebabnya ..Alhamdulillah..Allah S.W.T bagi aku kekuatan ini.
Masa bebetul menghambat aku untuk beredar dari semua ini. sekarang pun dah bulan 3 memang dah jauh aku tinggalkan semua tu namun takkan sedikitpun ia boleh padam dalam lipatan ingatan aku untuk semua ni. terlalu payah untuk aku gagahi sampai ke tahap ini malah terlalu sukar untuk aku jalani dengan perasaan yang ala kadar..memang susah tapi aku kuatkan jua sebab aku kena teruskan hidup aku. Putus kasih bukan bermakna hilangnya perasaanku pada orang lain!!..(apa yang aku merepek ni) hihi...
Untuk dia Mohd Syahir dan Isterinya....
Selamat Pengantin Baru Ain ucapkan ..semoga berbahagia hingga anak cucu, Maaf kenduri korang Ain tak pergi...nak sangat tengok korang naik pelamin tapi masa dan keadaan yang tak izinkan Ain pergi..Maaf ya?!...So, apa2 pun selamat berbahagia...

8 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

yg dlm pic tuh exbf awk ek..??
errmm..xpe alr ain, doakn jelar kebahagiaan dorg..=)

Hana said...

sbr je la cah....ado lg yb lbh baik utk mung tuh.....

Anonymous said...

to diana : aa ex..tp dulu laa..
yup kebahagiaan mereka..

to Hana : ....aku xsanggup lihat kebahagiaan tu...

aLeenA Adli said...

ct,fikir diri ct dulu..wat pe nk fikir hal dia??dia bahagia,ct lak???dok mkn ati..fikir org yg syg ct tue..jgn fikir hal yg dulu..mmglh akak ckp senang,tp ct kena kuat..x leh mcm nie..huhuhu..

Anonymous said...

huhuhu..
alah akak.. itu just mainan ayat2 cinta ct je tu..
xda kena mengena langsung dengan 'kesakitan' ct ni...
yg lepas tu bio lah lepas..saje je ct wat entry ni sbb ct tau ini aje yg ct ada utk derang..tahu die dh bahagia..ct lagi bahagia..cuma nk nenangkan hati dan perasaan yg tetiba lak teringat kenangan lama..huhuhu....sepadan kan derang..

aLeenA Adli said...

memandailh ko ni..mcm2.hikhik..

Hana said...

sbr la cah...
bahagia itu bukey milik mum....
nk wak rano.....

Anonymous said...

TO fARA : huhuhu...

to Hana : ya2..bukey milik aku..!! miilik mereka dan keluarga mereka...