Sunday, March 1, 2009

pengertian

Aku pernah terbaca satu ayat dari kawan2 blogger aku di alam maya ni. ayat nya lebih kepada jangan mudah menulis sesuatu 'keburukan' 'kebaikan' atau pun mengenai 'peribadi' kepada orang luar yang sememangnya asing dah terlalu sukar untuk memahami diri kita. Jangan mudah perlahirkan rasa simpati untuk orang lain pada diri kita..Ahh...hari ni aku tolak tepi itu semua!! aku tak hirau dah apa yang bakal akan terjadi kelak andai kata2 aku memang menyinggung perasaan 'orang-orang istimewa'ku yang selama ini menjadi sebahagiaan daripada darah dagingku sendiri...Terkilan, sedih dan terasa diasingkan...itulah yang aku boleh perkatakan disini..bukan untuk seketika dan bukan jua untuk seminit dua malah bertahun aku simpan..kira boleh jadi makan hati berulamkan jantung lah jugak...Sabar, sabar..dan sabar..itulah ayat yang selalu aku dengar dari mulut-mulut orang yang tak mengenali diri ini mahupun yang memang jauh mengenali diriku ni,...syah kan penyabar, mesti kena sabar!!!..fuhh rasa mcm dah nak fed up dah aku rasa ngan ayat tuh..kalau boleh di pamerkan dengan lakaran hati yang dicalarkan maunya aje aku tunjuk semua pada orang bahawa aku ni terasa sangat2....
Entah lah...aku kah yang mengasingkan diri tatkala aku ditengah2 antra adik beradik aku? atau sememangnya aku ni diasingkan daipada kelompok tersebut!!!..susah aku nak tafsirkan apa yang aku rasa dan cuba alami sekarang ni...kalau orang lain dengar masalah aku pun sure 'pelik' dengan 'masalah' ni...Fisrt, aku ni mudah sangat hati perempuan ni tersentuh dengan kata2 'ganas' yang terkeluar dari mulut2 yang tak pernah nak berlapik dahulu sebelum berkata dan berfikir serta bertanya dahulu sebelum masing2 melontarkan ayat2 yang kurasa agak 'panas' dan maunya meletup seperti gas gieser tu..aku pun ada hati dan perasaan mcm 'orang-orang istimewa' ku itu punya.!! aku jugak ada rasa hormat pada mereka..kenapa layan aku macam ni? Apa salah aku nak buat aku macam ni? mungkin sejak aku dah masuk dialam pekerjaan ni perubahanku nampak ketara ...suka melawan mulut bila dimarah2. tapi salahkah aku berkata mcm tu? aku pun ada hak untuk bersuara!!!!!..takkan orang duk marah2 aku..duk cakap2 pasal aku..hina2 aku seolah2 aku ni tak ada harga diri!!!!..mcm mana aku nak bercakap 'baik' dengan 'orang istimewa' tu jika 'dia' sendiri tak pernah nak hormat aku? Memang aku akui sebagai orang yang lebih muda dan adik aku harus bertolak ansur dan amik 'dengar' aje dengan kata2 mereka..tapi aku bukan budak2 lagi..!! bukan seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun ke 14 tahun ke nak dengar aje bila orang marah2 dan cakap 'ganas' dengan aku??? yang aku tak puas hati..kenapa mesti pasal aku aje..semua di pandangan dan tiap2 bibir nya mengatakan pasal aku?? Apa yang aku buat semua salah! aku buat apa sampai semua tak kena dipandangan mereka??? aku tak keluar malam tak tentu pasal!! aku tak berkawan dengan orang yang tak senonoh!! aku tak buat kerja yang boleh mendatangkan marah pada orang dan nyusahkan orang???? sekurang2nya kalau aku keluar, aku masih ingat 'rumah' yang aku tidur hari2 dan aku masih ingat lagi sejadah!!....aku tak kacau hidup korang..pleasee lahhh jangan kacau hidup aku!!! tension sangat2..apa salah aku???? aku duk dalam bilik salah! aku main laptop salah!! aku bergayut salah! ....habis, apa yang betulnya??? kang aku keluar tak balik2 baru korang tahu!!! sekurang2nya aku masih lagi waras tuk bezakan semua ni..
memang dari dulu hingga sekarang family ku tak pernah ada perasaan 'harap' pada aku. bagi mereka..aku ni tak boleh diharap..!!! sedihnya...aku ni menyusahkan lah?..aku akui aku ni jenis yang lurus sikit..ikut aje cakap orang bulat2..itu yang terjadi pada diri aku sejak kecil hingga lah aku rasa aku ada hak untuk suarakan apa yang aku rasa dan tekanan yang aku alami...so, salah ke? takkan orang nak marah aku, aku senyap je?? kalau kemarahan tu berbaloi dengan perbuatan dan tingkah laku aku selama ni aku boleh terima..tapi kenapa aku sorang aje dalam keluarga ni yang 'kena' semua ni? kenapa tak adik2 yang lain?!! kenapa, orang lain ada perasaan lah...aku ni tak ada? sesedap aje nak kutuk2 n kata2 depan orang macam tu??? ,,,,,,Tensioooonnn!!!!!!!!! sebak aje aku citer pasal kuarga ni......................sampai skg..aku nak sangat dengar penjelasan tu dr mereka..Apa yang korang tak senang hati dengan aku?....Ya Allah......aku tension sangat!! rasa macam nak lari dari rumah aje..tapi aku tak boleh buat macam tu..nampak sangat aku takut terima semua ni..aku bukan begitu..pengalaman2 yang lepas dan semua maslah mengajar aku erti kesabaran..tak semudah itu aku nak jatuh macm tu...cuma aku nekad..aku nak 'cuti' dari ni semua....aku tahu aku ada buat salah kalau tidak masakan meraka boleh macam ni sekali pada aku kan..tapi cakaplah dengan baik2 tegurlah dengan kata2 yang kurasa boleh dipikir dek akal..aku boleh terima itu semua..aku boleh terima apa jua yang orang nak cakap pasal aku..tapi janganlah nak marah2 or tengking2 macam aku ni tak punya perasaan....
Please..untuk 'orang-orang istimewaku' itu......aku minta maaf sangat..tak ada niat sikit pun nak pertikaikan apa yang korang dah lakukan dan perkatakan cuma aku nak bagitahu..kalau kita nak orang lain hormat diri kita please kita pun kena hormat oarang lain jugak dan belajar bagaimana nak menghormati orang yang lebih muda dari kita..semua orang ada hati dan perasaan..dan jangan hipokrit...

No comments: