Friday, March 13, 2009

Salam Takziah

Aku tak berniat nak teruskan entry aku mengenai sst yang aku nak share ngan korang, bukan jugak niat aku nak jawab balik Tag yang aku kena dari Diana yang semalam aku terbaca dr blog dia. Maaf, ya Cik Diana ..Saya hutang 1 tag dari awak...nanti bila dah redha saya balas balik tau...(suka2 aje kenakan saya ..!) . Hati ni lebih kepada apa yang telah kuterima lewat petang semalam. So, hari ni entry untuk kali ini aku nak share ngan kalian semua. Harap2 ia boleh medekatkan kita padaNYA.

'Siti, Ayah k.fiza dah meninggal kul 6.10 td '


Itulah serba ringkas mesej yang kuterima lewat petang semalam. Masa tu aku baru aje selamat sampai di rumah. seingat aku time tu pukul 7.15 malam. Mungkin masalah teknikal agaknya baru mesej itu sampai padaku. Terkejut aku dengan berita yang dikhabarkan itu seolah-olah tak percaya pulak ianya berlaku. Rasanya baru semalam aku bertanya tentang kesihatan ayahnya melalui ruangan YM . Walaupun kami tidak pernah berjumpa mahupun bersua muka tetapi Akak yang sorang ni salah seorang teman yang rapat dalam banyak2 branch NAZA di Malaysia ni. Teringat pula aku tentang cerita2 yang pernah kak Fiza luahkan padaku. Berulang alik dari KL ke Seremban semata2 ingin melihat kesejahteraan ayahnya. Terusik juga hatiku dengan kesihatan ayahnya itu. Iya kawan mana tak sedih..Arwah ayahnya meninggal petang semalam. Aku tak dapat nak call Akak tu memandangkan aku kekurangan kredit untuk mengetahui dengan lebih lanjut tapi hati ini teringin sangat nak bercakap dengannya. Pagi ni aku masuk pejabat teringatkan dia terus jari ni mendail nombor branch Puchong. Aku dah dapat agak mesti akak tu xkn datang kerja dan sememangnya tekaanku tepat setelah salesman sana bitau dia tak datang. Aku dapat rasa apa yang dia alami sekarang ni. Harap2 akak dapat bersabar dan menerima ketentuan ini dengan redha. Kepada semua yang membaca post entry kali ini sedekah kan lah Al-fatihah buat Arwah Ayah Kak Fiza ni...moga2 rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah...
p/s : Untuk Kak Fiza dan keluarga semoaga tabah dan sabar menerima semua ini. Dan siti tahu akak tabah mengahdapinya. jangan sedih2 tau. Anggap semua ini takdir dariNYA. dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...

3 comments:

editor said...
This comment has been removed by the author.
editor said...

Al-Fatihah....ayah kak fiza semoga di letakkan dalam golongan orang2 yang mukmin...

Ain said...

Al.fatihah..