Wednesday, March 11, 2009

Kasih Seorang Ibu..

Kalau semalam masih hangat lagi dengan kekecohan pelajar2 yang telah mengambil STPM dengan result2 mereka. Aku hanya menyaksikan sahaja perkembangan yang berlangsung itu hanya di dalam Televisyen sahaja tidak pula untuk meraikan kegembiraan itu bersama mereka memandangkan aku sendiri tiada kawan yang seusia itu. Aku hanya menyuarakan kegembiraan yang aku lihat di skrin TV malam semalam kepada dayah shj Tetapi berlainan pula hari ini, result SPM keluar. Pagi2 lagi aku dah ingatkan diriku tentang adik lelaki aku yang sorang tu kat rumah. Minggu lepas Last aku jumpa dia time dia datang rumah aku ngan family...itupun Abg Man (Abg ipar) nak g hantar ke KTM KL Sentral. Entah lah..aku cuba jugak calling2 adik aku tu entah macam mana result dia..OK ke X..Minta2 Semuanya OK lah..tapi Dia tak pulak nak pick up fon aku.. Harap2 lepas aku balik kerja ni, aku akan dapat result tu dari dia sendiri tidak pun dari kakak ku Kak Yuni...Orang yang paling gembira + Kalut + Ria2 nak tengok result berapa adalah emakku. Tak kisah lah anak2 dia yang mana sekali pun mesti x sabar rasanya. Seolah2 Ma pulak yang ambil Exam..hehe Itu lah Ma aku. Baik dari kakak aku yang sulung lagi hingga ke adik aku yang last walaupun baru berumur 7 tahun mesti dia lah orang yang paling kalut dengan semua ni. Mengalahkan anak2 mereka. Hehehe..Kalau time aku dulu,, aku tak dpt nak bayangkan macam mana perasaan seorang ibu pi ambil reslut untuk anaknya sendiri sedangkan anaknya itu sedang menjalani Latihan Khidmat Negara...



Aku yang terima result tu pun rasa nak balik rumah nak peluk cium aje ma aku tu..Tapi time tu aku just ada kawan2 yang bukan seperjuangan dalam medan dewan peperiksaan yang sama. mereka tak dapat nak nilai aku mcm mana time tu. Yang aku tahu perasaan ma aku tambah2 bila aku tahu yang pi ambil reslut tu adalah emakku sendiri. Tuhan aje yang tahu perasaan gelodak hatiku time tu. Sebak memang sebak sebab tak dapat nak raikan suasana dan kegembiraanku time tu. Alhamdulillah..kerana semangatnya aku berjaya dengan jayanya walaupun aku pernah tersungkur, kerananya aku dapat bagi 'hadiah' itu padanya walaupun ianya tidak setanding kakak2 ku yang lain, kerananya aku dapat melihat airmata kegembiraan itu setelah aku bersua 4 mata dengannya masa hari pertama aku pulang dari PLKN, kerananya aku dapat meneruskan perjuangan cita2 ku ini, kerananya jua aku dapat membalas jasa baik mereka hingga sekarang ini aku dapat berdiri dengan sendiri tetapi aku masih memerlukan semangat dan kekuatan darinya. Terima Kasih ya Ma..Ayah..Sayang Ma...



Kat Opis ni, ada sorang staf yang punya anak yang sebaya dengan adikku. Mrs.Ester. Pagi2 lagi dah call suruh punch kad. Macam biasa lah kerjaku kalo tak punch kad utk derang tu. Masuk kerja lambat!! hehee itulah ayat yang selalu aku gunakan pada mereka yang kerap kali menelefon ke pejabat time pagi2 dan dia cakap dia masuk lambat sebab nak g ambil result anaknya. Lepas itu, dalam sejam kemudian..telefon opis berdering lagi time tu aku ngah BZ ngan kerja menyiapkan file dan dokumen delivered customer ini, dayah bercakap2 entah apa tah..last2 dia bitau Anak Ester dapat 4A..tadi masuk opis senyum lebar aje aku tengok. Dan sekarang tengah sibuk fotostat sijil2 dan slip result anaknya tu..hehehe. Bestnya kalau dapat aku undurkan masa dulu kan? Akan kuselam kasihku bersamamu....
Mrs.Ester Teh Siew Lean..
P/s : Tahniah pada you..and ur Son..!!

4 comments:

aLeenA Adli said...

wah,bgslh..hehehe...
kirim slm sama ester ea..
;)

Ain said...

hehe..
aa insyaAllah..
hari ni dia xmasuk..
ada display kat giant..

aLeenA Adli said...

hehehe..cik ct klu tulis blog,siap bunga2 ayat dia..=)

Ain said...

heheh..
iya ke kak fara?
bunga2 ek?
okey la tu..