Monday, March 16, 2009

Jawapan Kasih

Alhamdulillah, mood menulis aku sekarang ini sudah bangkit kembali. semalam aje aku siapkan satu bab yang kesemua bab ada dalam 60 bab! dalam tengah-tengah sibuk buat kerja kat opis semalam dan kemeriahan menyambut besday bos aku, sempat lagi aku menulis sesuatu untuk bab 39 tu. laju aje tangan ni menaip bak air hujan jatuh ke bumi. penuh idea. Balik dari kerja semlam pun aku terus bukak laptop meneruskan idea yang mencurah2 itu. dalam pukul 9.30 malam baru siap bab tu. Fuh lega..dan selepas solat selalunya aku menjamah dahulu makan yang boleh dijadikan alas perutku tetapi semalam aku langsung x jenguk sup ayam yang ada dalam mangkuk tu. Akak aku sudah banyak kali kuar masuk bilik aku semata-mata ingin pastikan yang adiknya ini makan! last2 aku minum air suam aje sebelum tidur semalam. itulah aku.. kalau xda idea n mood nak menulis..jangan kan suruh bukak folder NOVEL nak pegang 'buku contoh' pun susah! bukan aku tak ada masa tapi kekurangan idea untuk menulis. Aku pernah chatting dengan penulis Alaf21 ni Dhiya Zafira, walaupun aku just mengenali beliau hanya di dalam hasil karyanya sahaja namun sudah cukup aku menggambarkan betapa tahap kesabaran beliau memag mengkagumkan aku. Sikit sebanyak aku banyak jadikan beliau idola aku. Thanks Kak Dhiya bagi inspirasi kat ain menulis. Mungkin tak sabar nak baca Novel yang ke3 beliau itu sebab jiwaku sedikit memberontak untuk menyiapkan manuskrip ini. Dalam tengah search image untuk hero dan heroin aku ter klik satu nama penulis ni yang novelnya baru saja berada di pasaran TLC ( Tarikh Luput Cinta). Aku dah beli novel tu dah tapi aku tak sempat nak baca sebab Kakak aku dah rembat dulu novel tu dr aku. Sedih nya..Tahniah Lynn Dayana semoga success selalu. Kepada sesiapa yang belum memiliki novel TLC ini silalah dapatkannya di kedai yang berhampiran. Cinta pun ada tarikh luput tau..hargai lah pasangan anda kalau nak cinta anda sentiasa di bayangi bunga-bunga indah yang mekar di taman firdausi.
Gambar ini aku search kat yahoo image. Susah juga aku nak mencari seorang heroin untuk watak Nur Iwana Natasha ni. lembut tetapi tegas. fuh susah beb! aku pun kalah. hehe. Tapi dalam susah2 tu, aku terpandang seorang perempuan yang diatas tu. Aku gambarkan Nur Iwana Natasha ni seorang wanita yang bertudung, lemah lembut tetapi tegas. tetap pendirian dan salah satu yang membuatkan hati Firman Arsyad jatuh hati dengan wanita ini adalah sikapnya yang bersahaja dan bergaul tak kira siapa dan memiliki seraut wajah yang berseri. Nice, kan?


Ini pula Hero pujaan malaya. Malah menjadi hero untuk novel yang aku sedang garap sekarang ini. Dalam tengah2 syok mencari wajah kekasih untuk watak 'Firman' dalam cerita yang aku tengah siapkan ni aku tiba-tiba teringatkan Dr.Sheikh Muzaphar Shah ni. Dalam diam rupa2nya aku banyak menjadikannya sebagai sumber inspirasi dan imaginasiku untuk watak dan lakonan serta caranya dalam merealkan lagi corak persembahan cerita JK ini. Salah satu sebab mengapa aku memilih ahli angkasawan negara ini sebagai 'idola' heroku adalah kerana senyumannya itu. Lesung Pipit! ya, lesung pipit itu yang sedikit sebanyak telah 'membuka' ruang hati Nur Iwana Natasha untuk bercinta kali kedua selepas 3 Tahun wanita itu putus cinta. Firman Arsyad Asmadi telah banyak membuatkan hati perempuan itu tersentuh dengan setiap perlakuannya malah lelaki itu lebih bersikap sabar dengan kerenah Wana. inilah yang boleh aku gambarkan setiap kali aku menulis tentang watak Firman Arsyad, dengan senyumannya, caranya, wajahnya..alahai..so sweeet! Lagipun sesuai dengan kerja lelaki itu sebagai Doktor jadi, sedikit sebanyak ...aku tak salah memilih hero pujaan hati Wana ini.


2 comments:

editor said...

Nanti ble siap novel tu jangan lupa kirim kat kita yeee....tajuk macam best jeee.....Ain ni layak dapat anugerah cipta novel cinta terbaik tau....truskan hajat sehingga akhirnya....

Ain said...

hehe..
Ain baru aje lgi..
merangkak pun belum lagi..
Ain tak layak dapat anugerah umapam itu ramai lagi penulis yang lain yg lebih berbakat..
Apa2 pun terima kasih..