Thursday, February 5, 2009

Nothing to say..

Buat seketika hati ini terkejut dengan kiriman email dari 'along' semalam dan sejak semalam lagi aku teringatkan baris2 ayat yang dipenghujungnya itu
" Ada masa nanti datang lah umah mak"
"Salam Sayang :-) Along.."

itu lah serba ringkas daripada kiriman email yang kuterima dalam lewat petang semalam. Berkali2 diti ini membaca bait2 ayat tersebut. terkejut? Gembira? Atau pelik? entah lah nak cakap macam mana....bila tengok perkataan 'mak' kat hujung baris tu terbayang wajah ceria dan senyuman yang sentiasa terukir dibibir orang tua itu..dua tahun berlalu kali terakhir aku melihat dan bersua muka dengan wanita yang selalu kupanggil 'mak' itu kini panggilan itu tetap sama dalam keluarganya denganku. Sebenarnya, aku segan dan entahlah....mungkin aku tidak mahu mengingati apa yang aku dah buang semua tu. Terkenangkan emaknya buatkan jiwa dan hati ini sedih..sedih dengan apa yang telah aku lakukan pada anaknya walaupun anaknya yang buat aku jadi begini. Tapi tidak semudah itu aku lontarkan jauh2 emaknya itu dalam hidup aku.
" Aishah putus dengan dia (nama anaknya) sahaja..tapi aishah tak putus dengan mak, senang2 datang lah rumah mak ni. Jangan segan2"
Itulah kata2 dari wanita yang bergelar ibu kepada anak lelakinya yang kini sudah beberapa bulan menjadi milik orang (suami)..Bila mendengar kata2 itu hatiku terbuai rasa bersalah dan syahdu sesangat. Kadang2 hati ini dihambat rasa rindu yang mendalam pada wanita memandangkan dalam keluarganya aku lebih rapat dengan emaknya dan jugak alongnya(KAkak) tapi bila teringatkan yang semua ini tidak akan sesekali boleh berundur dan pusingkan balik masa itu aku gagahi jua dengan senyuman dan kudrat yang Allah berikan padaku ini. Syukur padaNYA ...betul kata emaknya itu..aku tak putus dengan emaknya sedangkan kurasa dia semakin dekat dengan diri ini. Aku cuba memanggil kakaknya dengan panggilan 'Kak Ila' atau pun 'Akak' tapi tak boleh..selagi aku panggil dengan panggilan tu seakan ada sesuatu yang menekanku untuk tidak berbuat begitu. Sedangkan kakaknya pun masih menggunakan panggilan yang sama jugak apabila bercakap denganku begitu jua dengan emaknya..Ada masa aku bercakap melalui Telefon terdetik juga hati ini untuk memanggil panggilan 'Makcik' tapi bila suara wanita yang berusia lewat 40-an itu dah menyahut paggilanku dengan mesra..
" Aishah, along tak ada..Ni mak ni. Aishah silap dial nombor Telefon "..
Macam mana aku nak mulakan perbualan itu dengan panggilan yang lain??? Aduuh...rasanya tak terpanggil untukku dengan panggilan yang lain biarpun hati ini pernah terluka dengan sikap anaknya itu. Mungkin ia dah sebati dalam diri ini. Tak mungkin terputus begitu sahaja. Hanya yang boleh aku panjatkan..doaku untuk keluarganya sentiasa dalam titipan doaku setiap kali lepas solat. Harap-harap dirinya bahagia dengan kehidupannya kini. Mudah2han aku jua akan mendapat kebahagiaan itu suatu hari nanti. InsyaAllah...

No comments: