Wednesday, February 11, 2009

Bosan

Assalamualaikum...
Entry hari ni aku pun tak tahu nak tulis apa. dalam kepala aku ni memang banyak aku nak kongsi sesuatu dengan kalian yang sudi menjengah masuk ke laman hati aku ni. Terlalu banyak nak ceritakan tapi ia terlalu sukar untuk aku ulaskan dengan lebih detail di sini cuma yang boleh aku ucapkan..sabar ajalah..entah lah aku bukan mengeluh dengan apa yang terjadi kini mungkin dah ditetapkan perkara ini terjadi...tapi ia sedikit demi sedikit aku rasa macam nak nangis je ngan perkara ni. Terlalu lama aku menunggu..terlalu selalu aku follow up..terlalu lama aku menjadi penunggu yang terlalu berharap tapi sampai sekarang ni......apa yang aku terima
" Cik tunggu ya..saya pun tak sure bila.."
Aduuh..rasa bersalah pulak kat HR tu..hem berhari2 aku duk tanya tapi jawapan dan alasan yang sama jugak bagi kat aku.. it's oklah!! aku tunggu lagi sampai hari esok. Arrrghhhhh....banyak betul masalah aku sekarang ni..mungkin ada betul kata2 dari kak mas dalam mesej yang dihantarnya padaku beberapa hari yang lepas.
" Mungkin Ain kena Banyakkan buat Solat Hajat tiap2 Malam bagi hilangkan semua musibah ni"
aku mengangguk sendirian tatkala membaca mesej ringkas dan padat itu. Memang ada benarnya dalam kata2nya itu. Aku yakin DIA sentiasa ada denganku walau dalam susah mahupun senang. DIA menguji hanya untuk melihat sejauhmana kesabaran hamba2NYA dalam menerima apa jua yang di ujiNYA.
Bak kata kawan aku yang sorang tu...
" TAk perlah..terima ajelah semua ni..kena Sabar."

6 comments:

GM Yusri said...

Rilek2
Jngn sedih2
Probz2 itu hnyalah salah satu dri ujian Allah
Bnyk brsabar ye
Sy sntiasa sokong awk!

:D

ain aishah said...

hehe..
Thanks yus..
tu semua ujianNYA

..PriNCEss DyaNa.. said...

sabar jerlah..

ain aishah said...

aa kena sabar!!

editor said...

Bawak bersabar Ain.
Dugaan hidup mmg camtu.
Selalu kan Hisab dri kita.
Kemana arah kita.
Pasti satu hari nanti Ain dari glongan yang baik-baik.

ain aishah said...

aa lumrah hidup kan mesti ada ujian dan cabarannya..
sst yg blh jdkn kita lebh matang dan perfikiran lebh jauh dr org lain..harap2 mcm tu lah.. Terima kasih ya..