Sunday, February 22, 2009

Kaulah ratuku

Apakah sebenarnyaTerbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padakuTak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


mendengar bait2 lagu yang di atas betul2 mengingatkan aku pada emakku di kampung. Rindunya aku pada wanita yang begitu bermakna dalam hidup aku. Tak terkata olehku betapa rindunya aku pada seorang emak yang banyak berkorban untukku selama ini. Agak lama aku tidak berjumpa dan melihat raut wajah itu...Last aku balik kampung pun bulan puasa dan hari raya tahun lepas..sesekali jua emakku datang bersama adik2 ku yang lain. Dah seminggu akak dan abg iparku yang sulung balik ke kampung. Akan kuluangkan jugak masaku nanti untuk pulang. Memang merajuk betul lah aku ni...hehe..Entah lah sejak dua menjak ni aku banyak teringatkan emakku dan semalam pun entah mengapa aku boleh menangis teringatkan wanita itu. Sungguh aku rindu sangat pada ma (panggilan untuk emakku). Tak terhitung rinduku ini. susahnya berjauhan daripadanya...rindu nak lihat wajahnya, rindu nak gelak ketawa dengannya, rindu nak dengar bebelannya, rindu pada senyuman yang bisa buatkan hatiku terseyum bahagia, rindu dengan setiap celotehnya...rindu bangat2...kalaulah ma tahu aku merinduinya mesti ma menangis,kan? Hanya suara yang menjadi pengubat rinduku padanya. Hanya dirinya yang memahami hati kecil anaknya ini. Hanya dirinya yang bisa buatkan diriku tenang. Aku mahukan semua darinya. sikit pun aku tak nak lepas. Ya Allah..KAU bahagiakanlah hidupnya didunia dan diakahirat..walau dicemuh oleh manusia2 yang tak pernah kenal akan drinya..aku takkan benarkan sesiapa pun yang boleh remukkan hatinya meskipun hati ini banyak terguris dengannya...Maafkan shah, ya ma...Shah sayang sangat pada ma. Shah nak ma tahu..........Shah sentiasa mengingati ma. doa shah untuk ma tak pernah shah lupa. Shah tahu ma ibu yang begitu tabah menghadapi segala rintangan..tak terluah shah dengan kata2....Shah Sayang Ma...Tunggu Shah balik ya.....

p/s : Khas untuk ibu tersayang , Pn .Siti Fatimah Binti Musa...

2 comments:

editor said...

oh ibu....kau lah ratu,kaulah segalanya tempat ku mengadu.ibu penyeri hidupku...oh ibu...aku mohon restu mu ibu agar anakmu ini memberi obor cahaya pada saat dan ketika waktu ku berduka.

ainaishah said...

hehe..amin