Tuesday, February 24, 2009

Kalau sudah Jodoh...


Pagi2 lagi aku dikejutkan dengan nyanyian 'Hanya Kau yang Mampu' dari celah2 h/bagku. Masa tu aku sedang khusyuk dengan menu hidangan pagi. Terpinga2 aku mencari arah bunyi itu.Terdetik pulak hati ini melihat nmbor yang tidak kukenali muncul di skrin hpku...sape pulak nak kol pagi2 ni. aku tengok jam di lengan baru pukul 8.45 pagi. Takkan staff2 sini kot..so, aku ngan lambat2 dan rasa takut pun ada pun jawab..

" Hello, Assalamualaikum..Cik Siti, ada tak?" aku diam cuba2 mengamati pemilik suara itu. lantas aku teringatkan kawan sekamsisku masa sepengajianku di pulau pinang suatu ketia dahulu.

" Ya, saya...hmmm Kak Lily ke ni..?" soalku penuh yakin. kedengaran tawanya dihujung talian.

" Haa, akak..nasib baik akak call siti..Hp siti buat hal.banyak No hilang. Ada apa2 ke ni kak?" bagai mengerti akan soalanku terus dia menerjah bibirku untuk lebih menguntum senyuman..

" Ingatkan dah lupa akak.., Siti, bagi alamat siti kat akak?"

" Kenapa, akak nak kahwin ker?" soalku lagi. Dia hanya ketawa dan sepanjang perbualan kami itu aku lebih banyak menmdengar tawanya sahaja..sungguh bahagia dia sekarang dapat aku rasakan tatkala itu. Seakan mihun goreng+ telur dadar itu tidak sesedap seperti biasa berbanding berita yang baru kuterima. Alahaiii..kahwin jugak akak aku yang sorang tu...tak banyak yang kami borakkan memandangkan masing2 pun tengah bekerja..aku risik jugak lah tarikh keramat tu 16/06/2009..hari jumaat cepat je mataku terarah pada calendar yang setia didinding mejaku. Dia suruh aku datang awal..temankan nya...lepas sembang2 dengan kawan aku tu yang kini dah 25 tahun..terasa baru aje semalam kami sama2 menelaah pelajaran dan memerah otak mengira akuan2 modul kewangan perniagaan sekarang dia pula dah nak kahwin..Apa2 pun selamat pengantin baru kak Lily...


lantas, aku buka laptop yang sekarang ini dah aku tinggalkan dipejabat membuka laman 'friendster' dan mencari nama kawanku itu. aku belek satu persatu gambar2 miliknya yang menjadi koleksi FSnya itu...makin cantik, mesti dah banyak berubah kan. Tak sabar rasanya nak jumpa ngan akak tu. Dah lah sejak habis je final semester tahun 2006 hinggalah sekarang ini kami tak pernah pun berjumpa jauh sekali nak berhubung memandangkan aku course pengajian perniagaan dan dia pula penyimpanan kira2 nya itu. Walaupun berlainan course dan negeri (JHR-KLATE) namun semua itu tidak pernah menjarakkan hubungan yang terjalin sejak hari pertama induksi itu. alhamdulillah....

Teringat pulak aku pada kawan aku masa skolah nengah dahulu (Cik Lina) aku semmbang ngnnya dlm ruangan YM tadi..best dengar ceritanya..die pun nak kahwin jugak..alahaii..ramainya member2 aku nak kahwin......rezeki korang kan..dapat jugak aku rasa nasi minyak korang..aku? insyaAllah..nnti aku suh cheff khairy masuk ya..hehe...

Pada semua kawan2 yang bakal berumahtangga tu aku doakan semoga korang semua selamat diijabkabulkan....mudah2han masjid yang terbina itu bakal menambahkan lagi seisi makhluk yang beriman dan bermal soleh..amin..

No comments: