Sunday, January 4, 2009

Selamat Datang 2009

Happy New Year! Happy New Year to all my beloved friends include my family..dan seisi manusia..hehe.Alhamdulilah 2008 dah berlalu dengan seribu perkara yang menjadi kenangan buat kita. Apa2 pun 2009 ni harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar..insyaAllah.. :-)

Semalam aku pi Shah Alam ngan kawan aku si Niza kebetulan aku nak ambik barang dengan pembekal yang Kak Mas dah btau aku sehari sebelumnya. Lepas balik dari kerja terus aku siap2kn diri ngan tujuan murni ni. Katanya nak jumpa kat Masjid Shah Alam..punyer lah lama nak bleh ke sampai sana..memandangkan aku pun tak ada transpot terpaksalah sabar kan..? tambah2 ngan HP pun tak ada..lagilah ssh nak berhubung..mcm Kak Mas kata ' Ain guna lah Public Phone call pembekal tu' .hehehe bkn aku tak nak beli tapi aku dah janji ngan abg ipar aku nak ambil ngan dia..so nak xnak aku kena banyak sabar walaupun hati dan diri ini memang meronta2 untuk dapatkan HP tu..hari2 aku terdetik ' bilalah abg man nak bagi ni' hehehe tak apalah. kalo dah terdesak sangat..aku beli sendiri lah nanti...

Dalam perjalanan nak balik dari komuter stesen Batu Tigaada seorang lelaki ni duduk satu barisan ngan tpt ku ddk.. Agak lama dk sebelah aku..dia mula bertanya.." Awak nak pergi Mana?" aku jwblah " Setia Jaya". kemudian dia tersenyum. aku wat dek jer ngan pertanyaannya tadi. mungkin dia baru aja kot kat sini.aku mengagak. kemudia dia tanya lagi " Awak baru balik kerja ker atau awak baru balik kolej?" aku terdiam dengan soalannya tdi. hmm dh aku bwk beg sandang takkn aku nk pi mencangkul plk. aku hanya menjawab. " Tak, saya nak balik rumah." die mengangguk. dalam hati aku berkira2 bilalh tren ni nak sampai..aku melihatnya berpakaian dengan baju tshirt putih dan bercap hitam..risik punyer risik rupernya die org kelate jgk.hehehe. orgnya berwajah hitam manis ngan bibirnya sentiasa mengukir senyuman terdetik aku nak tanya dia.."Kerja mana?" tanya ku.dia hanya diam agak lama die mencari jawapan aku tadi..dlm hati aku " ada jgk manusia mcm ni" aku mengeluh sambil melihat jam ditangan dah hampir pukul 6petang tai tren xsampai2 lagi. lepas tu dia hanya menjawab.." kat Bukit Jelutong" aku mengangguk. agak malas nak layan lelaki yang entah dari mana dtgnya..simple dan murah dengan senyuman. mgkin aku jer yang xbiasa dengan sapaan tu. " saya nak pergi kajang" katanya. lepas bbrp minit tren pn sampai. lega rasanya. aku mengambil tpt dpn tiang memandangkn perjalananku pn tidaklah selama mana hanya menjangkau dua stesen sahaja Subang Jaya dan Setia Jaya jadi aku hanya berdiri aja lah. tetiba dia dtg sebelah. aku hanya tersenyum..

" Tak ddk ker?" soalnya.."Tak!" jwbku. tren mula berjalan menuju stesen2 yg telah tersedia..hanya menanti stesenku sahaja utk sampai.. Agak lama aku rasa perjalanan td padahal ia tak lah memakan masa yang pjg. tibe di Stesen Subang Jaya dia mula bertanya " Esok Awak kerja ker?" aku menganguk. " Saya kerja" katanya lagi. aku mula jadi rimas dengan keadaan tu " so?" aku bertanya..dia hanya tersenyum..alahai..senyum jer ..tau lah senyuman awak tu manis jgn risau aku tak cair lah. Hmm nasib baik stesen aku dah nak dekat. nasib baik jgk xda soalan2 cepumas bg kat aku..kalo x mau jer aku lari dr situ..

So, moral of the story...hati2 bila anda keseorang..mmg elok kalo kita peramah tp berpada lah..kalo die dtg ngn cara elok mahupn sebaliknya...risiklah caranya bercakap dan lihatlah tingkah lakunya...pandai2lah..anda pun dah dewasa..sama2 lah kita menjaga diri kita..Take Care semua..salam.

No comments: