Friday, December 26, 2008

2008 vs 2009

Pejam celik pejam celik tak sangka 2008 pun dah nak tutup tirai kan. Rasanya terlalu banyak yang berlaku pada diri kita lebih2 lagi pada diri aku utk tahun 2008 ni. makin banyak yang berlaku..makin banyak pengalaman dan perkara yng menuntut kesabaranku. Tak ngapalah..semua tu aku terima... walau sepahit semanis setawar mana perkara tu..semua ada hikmah di sebaliknya. aku akui sikit sebanyak ia mematangkan aku dalam mengahadapi liku2 seorang hambaNYA, pekerja,dan sebagai seorang anak di dunia ini. Allah takkan uji hambaNYA melainkan DIA tahu kita boleh hadapi ujian tu dengan sabar kan. Pendek kata..semua makhlukNYA akan diberi pelbagai ujian dan cabaran malah bukan sahaja untuk diri kita bahkan sahaja untuk seluruh umat islam di dunia ini..Tapi syukur alhamdulillah semua tu aku terima seadanya kerana aku yakin dan tahu kuasaNYA adalah mujarab bagi diri.

2008- banyak meninggalkan kesan2 yang mendalam bagiku, satu persatu terjadai pada diri ini baik perkara sedih, gembira tak kurang jugak dengan peristiwa yang menyayat hati diriku utk dikenang sampai bila2. Bak kata pepatah melayu..yang lepas tu..biarlah lepas..dan yang mendatang ni hadaoi dengan ketabahan..banyak lagi perkara yang boleh diratapi dan dikenang. Tak salah untuk menangisi sesuatu 'kehilangan' ..menangislah sepuas2nya menjeritlah semahu2nya..lepaskan 'kesedihan' tu..biar ia pergi jauh2 dari sudut hati kita..Tapi kita mesti dan perlu ingat kita cuma 'hilang' ia sahaja tapi kita tak 'hilang' rahmat dan setianya DIA disisi kita. Dekati lah DIA..menagislah hadapanNYA..menjeritlah semahunya kerana DIA ada jawapan untuk 'kehilangan' 'kesedihan' kita sebenarnya....DIA lebih tahu apa yang akan terjadi kelak. Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ini dan janganlah kita menyesali dengan apa yang kita sudah 'terlepas' waktu2 dulu kerana mungkin DIA dah takdirkan kita bukan untuk sesorang tu. SO..carilah yang lain!! hehehehe...bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor kan??..

2009- terlalu sukar untuk aku gambarkan apa yang akan terjadi tapi insyaAllah..aku yakin kuasaNYA..cuma yang mampu aku memohon..biarlah perjalanan hidupku dan seluruh ahli keluarga ku dalam keadaan aman dan harmoni, dikurniakan rahmat dan kesabaran yang tinggi utk ku hadapi jln2 yang mendatang, di permudahkan jalan rezeki dan hidayah utk ku dan seluruh umat islam lebih2 lagi kedua2 orang tua ku. dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin...

Untuk Mohd Turmizi Zahari:-
Terima kasih untuk sekelian kalinya...
Harap persahabatan ini berkekalan....

No comments: