Saturday, January 24, 2009

Bila Cuti bermula...


Gambar di sebelah ini bukanlah jadual harianku sebenarnya..tpi ia adalah sebahagian daripada apa yang telah aku 'plan' kan untuk tahun 2009 ni. Calendar yang mampu mencorakkan sesuatu pada diriku. mungkin ia sesuatu yang elok..insyaAllah..dan mungkin jugak untuk sesuatu yang diluar jangkaan fikiran aku seperti yang terjadi setahun yang lepas. Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah..bukan untuk bercerita mengenai jadual harian ataupun perjalanan yang entah kemana hala tuju..tapi ia cuma untuk berkongsi sesuatu yang 'happenning' barangkali...
Cuti kali ni agak lama aku stay kat rumah. start ahad hinggalah selasa memandangkan cuti sempena perayaan Chinese New Year dua hari lagi...Dalam tak sedar kita dah semakin mengganjak ke bulan Dua kan.. Rasanya baru semalam kedengaran laungan 'Selamat Tahun Baru' di hujung telingaku sambil melihat ribuan berpuluh2 manusia membanjiri kawasan KLCC malam 31 desember yang lepas. Bermakna kita sudah berjalan sejauh 24 hari sudah dalam tahun 2009 ini. Aku dah lama tinggalkan tahun 2008 yang bagiku '1001 rasa' yang terpahat dalam diri ni. Yang lepas tu biarlah lepas...
Semalam Tinie ajak aku main bowling dengan dia kat cinelusure dent karaoke..dia ajak sekali Din katanya dah lama xjumpa n lepak sama2..tapi nak ke Si Din tu karaoke? hehe... Tinie ajak tengok wayang ramai2 pun tak nak..katanya dia tak masuk tempat macam tu. Naik gelak jugak aku sebenarnya dengan Fiil Din kawan aku sorang tu. Semua tak nak..tapi Dia bagus..memang baik..kalo nak dibuat husband memang sesuai..boleh diharap lah..tak pernah nak berkira ngan kawan2..hehe...puji2 pulk aku ni...Sorry ya Din..bukan bodek ni..tapi tulah diri Din yang aku kenal 3 tahun yang lepas. Aku, Din dan Tinie..mcm adik, abg, dan kakak lah. hehe..( Tapi mana satu adik??) Tinie..pape pun ko tetap kawan baikkk aku sampai bila. Thanks jadi kawan aku. Maybe Esok aku akan jumpa dengan Pembekal baju F1 tu.nak amik Baju2 yang ditempah Kak Mas..berniaga sekarang ni..okey..cuma modal lah kureng sket..harap2 'ia' menjadi.
Aku baru lepas berYM ngan Mizi tadi. mendengar dia bercerita dengan kepulangannya ke kgnya tu..Bestt nya rasa..dah lama aku tak balik kg...mak ayah adik2 aja yg dtang sini..insyaAllah aku akan luangkan sikit utk balik.lgun last aku balik kg bulan 11..hehe..Dia kata tak puas balik kg rasa mcam nak balik lagi...dia ajak balik samo2..dah satu negeri..satu jalan cuma dua daerah sahaja.hehe tgk lah macam mana...aku akan pertimbangkan.
Minggu depan aku pindah rumah..dekat Kota Damansara..banyak yang kena siapkan ni...apa2 pun harap ianya semua selamat dan berjalan dengan teratur.Bila lah cuti nak panjang ye...macam zaman sekolah2 dulu..best kan dapat cuti dua bulan..kalau lah masa boleh diputar balik...akan kuselam kasihku bersamamu..hehehe...

No comments: