Saturday, December 13, 2008

Wanita


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Tu antara lirik lagu dari kumpulan Kopratasa..Hmm lagu ni menyentuh jiwa dan sanubariku..Nasib baik aku ni seorang perempuan..kalo tak, tak tahulah nak tafsir macam mana semua ni. Mulianya seorang wanita dengan kasih sayang seorang insan lelaki yang bergelar suami. Sebijak-bijak wanita ia tetap tunduk dengan ketaatannya pada Suami. Malah setinggi-tinggi pangkat isteri..Tinggi lagi martabat seorang suami..Sebab tu perempuan diciptakan untuk lelaki yang tahu menghargai isterinya...
Apa yang aku cuba ngarutkan ni??..Hmm..apa-apa pun aku nak sangat jadi 'perempuan' tu..insyaAllah..

2 comments:

editor said...

Berkasih sayang lah pada Allah dulu kemudian pada diri kita barulah kita berkasih sayang pada insan lain.

Yanz said...

Salam..Kalau rajin tu layari lah blog ambe http://annuuriman.blogspot.com
http://suffiean2u.blogspot.com