Saturday, October 25, 2008

Bab 3


“ Erm sedap betul nama customer kau nazri. Wei dia dah kahwin ke?” tanyaku pada Nazri staff di pejabat suatu pagi. Pandangan redup itu terarah padaku.
“Sape? Firman Arshad tu ke?” Aku mengangguk laju tanda mengiyakan jawapannya sebentar tadi.
“ Hmm..kalau dia belum kahwin, kau nak buat apa? Dia tu doktor Wana, ngan kau tu dia tak pandang lah.” Kata Nazri. Aku mencebik tanda memprotes.
“Eleh..jelous lah tu. Kalu dia belum kahwin…aku nak kenal dia.” Selamba saja aku bercakap.
“ Jangan merepek lah Wana, kat Klinik dia tu ramai lagi dia boleh cari buat calon. Entah-entah dia dah ada marka kot. Kau jangan nak runtuhkan masjid orang Wana.”
“ Alah kalau ada pun tak salah kan. Marka je baru bukannya isteri pun.” Kataku sambil ketawa. Terbeliak mata Nazri mendengar kata-kataku tadi. Mungkin tidak menyangka aku akan berkata sebegitu sekali…argghh biarlah dia.
“ Apa yang korang gelak-gelak ni? Ada news ke Cik Wana?” Soal Hajar Staff di situ.
“Hmm..entahlah Wana ni dah buang tabiat dah. Orang jual kereta dia pulak jual minyak.” Kata Nazri sambil menekan-nekan punat mesin faksimili berwarna kelabu itu sambil di perhatikan oleh Hajar yang sedari tadi kelihatan tidak berpuas hati dengan soalannya yang tidak berjawab.
“ Apsal? Kau demam ke Wana?” sambil melihat mukaku dengan reaksi riang. Aku buat endah tak endah saja dengan perbuatannya itu. Malas nak ambil pusing.
“Aku saja – saja je tadi tu. Alah Nazri tu je lebih-lebih. Aku memain je lah tu pun kau nak ambik serius ke?”
“ Jap-jap!..apa yang kau cerita kan ni? Aku tak faham lah.” Celah hajar mungkin geram bila soalannya tadi belum terjawab.
“ Hmm..Si Wana tu dia syok kat customer aku. Ada ke patut tanya dah kahwin ke belum..nasib baik orang tu tak ada depan mata..kalau ada mau orang tu tergelak. Jawab nazri perlahan. Hajar di sebelah hanya ketawa mendengar cerita itu. Bagai di geletek hati kecilnya. Amboii..kenakan aku ek. Detikku.
“ Aihh..yang kau nak gelak-gelak ni kenapa? Salah ke?Hmm..yelah aku sedar lah siapa aku ni kalau nak di bandingkan dengan dia tu. Jauh panggang dari Api bagai langit dan bumi. Tapi aku yakin kuasaNya. Kalau ada jodoh tak kemana, betul tak?” dugaku membuatkan mereka tergelak terbahak-bahak.
“ Apa-apalah Wana..janji kau bahagia dah. Jangan duk syok sendiri pulak dah lah.” Hajar memberi sedikit nasihat.
“ Dah-dah lah..korang ni kan tak ada kerja ke hah? Ha hajar, kau tak ada booking masuk ke hari ni?”mereka masih lagi ketawa. Aku main-main ajalah tu pun nak ambik serius. Detikku dalam hati.
“ Amboi tukar topic pulak dia. Malu lah tu.” Usik Hajar melihat mukaku kelihatan kemerahan.
“ Comel lah muka kau bila kau marah. Kalau Firman tu tengok sure Fall in Love terus lah ngan kau Wana.” Celah Nazri sambil ketawa. Aku mengetap gigi. Ishh ni dah melampau..
“ Betul jugak kata-kata kau tu..Ermm tak payah lah aku susah-susahkan diri nak tackle dia lagi. Hmm..good-good..idea yang bernas.
“ Kenapa gelak –gelak ni? Wana ada apa-apa nak sign tak? Saya kena pergi Klang ni ada hal sikit.” Soal En.Rosli mematikan suasana yang mulai rancak dengan topic yang agak ‘panas’ di telingaku.
“ Tak ada bos. Petang mungkin ada. Bos Masuk balik tak petang ni?” Tanyaku kembali padanya Pengurus Cawangan di tempatku bekerja. Orangnya tinggi lampai berwajah hitam manis membuatkan ramai orang senang mendekatinya. Mungkin sikapnya yang mudah mesra pelanggan membuatkan aku dan pekerja-pekerja yang lain menghormati beliau. En.Rosli hanya mengangguk perlahan.
“ Bos, Wana dah mabuk.” Celah Nazri membuatkan En.Rosli mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
“ Kenapa? Wana nak kahwin ke?” Semua yang ada disitu tergelak. Arisa yang duduk di sebelahku hanya menjadi pendengar dan tukang gelak yang setia. Tidak ada satu pun ayat yang terkeluar dari mulutnya mengenai topic yang sedang di persoalkan.
“ Ishh bos..Saya pulak..diaorang memain je tu.” Ujarku memperbetulkan tekaan En.Rosli sebentar tadi.
“ Alah, kalau betul pun apa salahnya, umur kamu tu pun dah layak jadi mak budak dah pun.” Kata En.Rosli mengiyakan lagi persoalan yang bermain di fikiranku ini.
“ Betul tu Cik Wana, kau pun dah boleh jadi mak orang dah. So…bila boleh makan nasi minyak ni?” gurau Nazri. Aku tersengih.
“ Nak makan Nasi Minyak kan? Jom tengah hari nanti kita pakat ramai-ramai pergi makan kat Restoran depan tu, nak?Special lagi ada Sambal Dal. Kataku membuatkan En.Rosli ketawa terkehek-kehek.
“ Erm..lagi-lagi Nasi Minyak tu..dah muak lah Cik Wana.” Ujar Hajar lagi.
“ Yelah..kalau yang tu esok-esok boleh aku makan. Hmm..nak tunggu kau dulu rasanya berjanggut lah kami ni.” Celah Nazri mengiyakan lagi pendapat dari Hajar tadi.
“ Eeh..yang korang ni sibuk-sibuk pasal aku kenapa? Nanti sampai seru ada jodoh aku kahwin lah. Korang jangan risau aku takkan lupa korang.” Ujarku tidak senang hati dengan topic perbualan ketika itu.
“ Dah Wana, Saya keluar dulu ya.! Kalau HQ call cakap saya ada hal luar.” Pesannya sambil berlalu. Aku dan Arisa hanya mengangguk sahaja.
“ Jap ….kirim salam rindu sayang aku kat dia ya?” kataku menahan Nazri dari mengambil fail itu diatas mejaku.
“ Yela..yela ..tu pun kalau aku ingat.” Jawabnya acuh tak acuh. Aku mencebik.

No comments: