Friday, October 10, 2008

Bab 2

Sudah seminggu aku sibukkan diriku dengan kerja-kerja di pejabat. Sikit-sikit buatkan aku lupa dengan masalah yang sentiasa membelengu diri sejak akhir-akhir ini. Nadia pula jarang lekat kat rumah. Kadang-kadang kerja membuatkan kami jarang makan bersama walaupun kami sebumbung.
“Apa yang kau renungkan tu Wana?teringat kat pakwe lama ke?”usik nadia melihat aku tercegat di beranda pangsapuri itu. Aku tersenyum.
“Ishh tak lah, dah lama aku tak tengok malam yang damai macam ni selalu aku kerja je kan balik pun dah lewat. Itu pun terus lena, sampaikan nak tengok bintang –bintang pun dah susah. Kau tak keluar ke malam ni?”soalku padanya disebelah.
“Tak. Nak rehat-rehat kat rumah lah. Selalu keluar je kan bosan jugak. Kau ada ni..boleh la lepak-lepak kat rumah.” Ujarnya dengan nada perlahan tapi dapat kurasa seakan ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
“ Ye ke..ni? entah-entah kau gaduh ngan si Faris tu tak? Tekaku.
“ Entah lah Wana, kadang-kadang aku pun tak faham apa yang orang lelaki ni fikirkan. Kita fakir lain, dia pulak yang fakir lain..sihh susah lah faham!. Kadang-kadang aku rasa macam jauh je ngan dia. Kau pun tahu kan kitaorang selama ini mana sangat gaduh.” Luahnya dalam nada sendu. Aku berpaling melihat ada kelompok air yang mula bertakung dalam mata itu hanya menunggu untuk gugur sahaja.
“Sabar lah nadia..bagi ruang dan masa untuk korang selesaikan masalah ni. Orang lelaki ni, susah sikit kita nak jangka sebenarnya tapi kalau kau tahu cara ia tak lah susah sangat. Yang susah jadi senang, yang senang bertambah lah senang.”
“ Tapi kau tak faham dia tu macam mana Wana..” ujarnya sambil mula mengesat air mata yang cuba ditahannya sebentar tadi.
“Nadia..kau perlu ingat, perselisihan faham, pertelingkahan lidah dan gaduh-gaduh tu semua boleh eratkan lagi kasih sayang dan hubungan korang antara satu sama lain. Masa nil ah kau ambil semua tu sebagai pengalaman, pengajaran dan jua belajar kenali hati budi masing-masing. Manusia tak sempurna nadia.”
“ Beri masa untuk masing-masing cari kelemahan masing-masing. Orang laki ni , dia tak suka orang perempuan cakap banyak kali. Sekali pun dah cukup. Kalau dia diam tu bukan tandanya dia tak prihatin tapi sebenarnya dia tengah berfikir sesuatu.” Sambungku lagi.
“ Aku tahu, aku selalu mendesak sangat. Tapi aku buat semua ni untuk kebaikan hubungan kami, Wana!.” Terangnya.
“Nadia..kesabaran manusia ada hadnya. Biarlah kau jalani semua ni macam biasa. Jangan fakir sangat. Macam aku cakap tadi lah, bagi ruang dan masa untuk korang fikirkan dan renungkan semua ni.ya? alah..esok-esok baikhlah tu..mana boleh dia tanpa kau..tak ada apalah. Dah jangan fakir sangat ya?” kataku sambil menepuk-nepuk bahu kirinya. Nadia hanya tersenyum menampakkan baris gigi dihadapannya yang tersusun rapid an sepasang anak mata yang mampu mencairkan mana-mana hati lelaki jika melihatnya tapi ternyata lelaki itu adalah Faris. Bertuah si Faris tu. Harap-harap mereka bahagia. Detikku dalam hati.
“ Terima kasih Wana” ucapnya. Aku hanay membalas dengan senyuman sahaja.
“Boleh aku tahu apa yang kau fikirkan tadi.?”Tanya nadia seakan mahu mencungkil rahsia yang sebentar tadi padam dek penangan masalahnya.
“Tak ada apa pun. Aku just tengok-tengok bintang aja.” Terangku jujur.
“ Orang yang di lamun rindu sahaja yang tengok bintang-bintang ni. Pakwe mana pulak ni yang berjaya tawan hati kau ni haa?” aku tergelak. Ada-ada ajalah si Nadia ni.
“ Mana ada..aku rindu kat mak aku lah kat kampung nun. Last-last aku balik pun dulu masa Hari Raya Cina.”
“Oooh..rindu kat mak ye..bukan kat pakwe?” usiknya lagi.
“Ye laa..aku mana ada pakwe, lain lah kau tu betullah jugak nak rindu-rinduan lebih kan.” Dia mencebik.
“ Aku pulak…hmmm, agak-agak kau dia masih ingat kat kau lagi tak wana?” soalnya.
“ Tak.” Jawabku pendek.
“ Mana kau tahu?”
“Erm..benda dah lepas, dia pun dah bahagia. Kalau dia ingat, dia akan call atau mesej. Aku kenal sangat lah dia tu macam mana nadia.” Ujarku perlahan.
“ Tapi..masa ni kau ingat dia?” aku mengangguk perlahan-lahan dan cuba menahan airmata yang ingin keluar.
“ Aku ingat dia, aku rindu sangat dia, nadia!. Entah lah susah aku nak lupakan dia. Dah dua tahun lebih kami putus, aku cuba cari kebahagiaan aku sendiri dan cuba lupakan dia. Tapi susah! Kenapa dia buat aku macam ni nadia? Apa salah aku?”
“Sabar Wana, mungkin perasaan kau agak kot. Bertenang ya. Dia dah bahagia kat sana. Mungkin kau kena belajar melupakannya lagi. Ambil masa k? kau boleh..masih ramai lagi kat luar sana tu. Kau saja tak bagi peluang, asyik duk mengharap cinta dia lagi.” Pujuk nadia
“ Aku dah cuba kah nadia, bukan aku tak cuba. Kadang-kadang cinta ni buatkan aku jadi gila sekejap.” Kedengaran keluhan berat dikerongkongnya.
“ Aku hanya fikir tentangnya sahaja Nadia. Aku dah tak ada perasaan dah kat dia. Mungkin benar apa yang kau cakapkan tu..tapi entah lah.” Sambungku lagi.
“ Kenapa, kau takut pisang berbuah dua kali? Macam tu?” soalnya membuatkan aku terpandangnya buat seketika sebelum meneruskan tutur bicaraku.
“ Entah lah Nadia..memang aku takut..sebab tu susah aku nak terima sesiapa lagi buat masa sekarang ni.”
“ Hmm..rumit jugak masalah kau ni.” Luah nadia. Aku hanya memandang pandangan di hadapanku ini.
“ Aku harap sangat suatu hari nanti Allah S.W.T bukakan pintu aku untuk menerima cinta daripada lelaki lain.” Nadia hanya mengangguk.
“ InsyaAllah.” Katanya perlahan.

No comments: