Thursday, October 30, 2008

Bab 4


Satu per satu helaian majalah NUR itu aku belek. Banyak yang dapat ku pelajari dalam majalah tersebut. Dari cara pemakaian tudung hinggalah ke bidang kerjaya. Pendek kata semua lengkap. Tak sah kalau aku tak dapatkan keluaran yang terbaru tiap-tiap bulan.
“ Hai..khusyuk nampak?” tegur Arisa menghampiri mejaku.
“ Hmm..” jawabku acuh tak acuh.
“Keluaran kali ni ada yang best-best tak?” Soalnya melihat aku masih lagi dengan bacaanku. Aku menutup majalah itu lalu kuberikan padanya.
“ Nah, kau baca lah sendiri. Best la jugak. Tak boring sangat. Bos pergi mana?” kelihatan wajahnya girang sambil mencapai majalah kegemarannya itu.
“ Bos pergi makan!”. Dia tak bagi tahu kat kau ke?” aku hanya menggeleng.
“ Tadi..ngan En.Musa, maybe masa kau masuk tandas.” Aku hanya mengangguk cuba memikirkan nama yang disebut ariesa sebentar tadi.
“ Ooh..Pengurus Cawangan Selayang tu ke?” tekaku membuatkan Ariesa sedikit terkejut.
“ Yelah..habis kau ingat siapa?” aku tergelak. Ya, baru aku teringat nama tersebut. Dengan Pengurus itulah En.Rosli selalu keluar bersama. Agak rapat jugak mereka. Detikku dalam hati.
“ Woi..cik kak, kau berangan apa lagi ni? Aku panggil bukannya nak dengar. Dah lah tu senyum sorang-sorang pulak.” Usik Ariesa mengejutkan aku yang seraya tadi memikirkan sesuatu. Ishh perempuan ni..bila pulak dia panggil nama aku. Ngomelku sendirian dalam hati.
“ Tak ada apalah. Aku duk kira bajet aku untuk bulan ni saja. Cukup ke tak, nak makan lagi nak hidup di bumi metropolitan ni pulak.” Kataku membuatkan Ariesa ketawa terbahak-bahak.
“ Alah..kau ni kan cakap macam kau tu sorang-sorang aja kat sini. Kau bukannya sekangkang kera kat dunia ni..banyak lagi ‘Bank-bank Berhad’ kau kat luar sana tu yang boleh support kau tau. Macam aku ni iya lah jugak tak ada siapa pun.” Tercuit hatiku mendengar celotehnya itu. Bank-bank Berhad? Agak kelakar mendengar perkataan tersebut. Ya, memang aku tak nafikan aku punya ramai kakak serta sanak saudara ku disini. Tapi aku lebih gemarkan hidup berdikari. Selagi aku berdaya dan mampu lakukan sendiri selagi itu aku tak nak menyusahkan mereka. Aku sedar aku banyak menyusahkan ahli keluargaku terutama mak dan abahku. Sekarang, baru kutahu betapa susahnya mencari rezeki dan wang ringgit. Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya sekarang ni dapat juga kubalas jasa mereka walaupun kutahu ia tak lah sebesar seperti mana pengorbanan mereka terhadapku sejak kecil. Sedikit sebanyak ia dapat juga meringankan mereka.
“Yelah..sama saja kita Riesa. Masa awal-awal bulan ni okey lagi lah kan..beli tu beli ni sampai tak ingat dunia. Dah tengah-tengah bulan mula lah resah..duk bilang hari je.” Kataku mendatar.
“ Yelah..sampai sanggup makan Tau Foo Fah saja tu. Konon –konon nak diet..” berderai tawa kami mengingati peristiwa ketika itu. Kedengaran telefon berbunyi. Aku cepat-cepat mencapai.
“ Cik Iwana, please?” sapanya di talian. Aku terdiam seketika. Belum sempat kata-kata hormat dihulur padanya, dia dah mula bertanya.
“ Ya saya. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana?” soalku mula mengenalpasti pemilik suara tersebut. Tetapi hampa.
“ Hmmm…tak ngapalah. Saya Cuma nak tanyakan mengenai kereta saya aja. Kalau saya dah sign agreement dengan bank, agak-agak cik Wana bila kereta saya boleh keluar ya?” aku mula memahami soalan yang di lontarkannya itu.
“ Okey, macam ni Encik…” ujarku.
“ Man.” Potongnya perlahan.
“ Okey, Encik Man, sebelum tu saya nak tanya Encik Man dah buat pembayaran penuh ke tidak untuk harga kereta tersebut?” diam. Aku mula memetik-metik tetikus di atas mejaku. Mencari nama yang disebut tadi.
“ Macam ni lah En.Man, dalam hal encik ni..Encik boleh dapatkan khidmat rundingan dari jurujual yang handle kes En.Man ni. Dia akan terangkan dan bagi tahu berapa hanya kesemua bagi pembayaran sepenuhnya itu.” Celahku mematikan lamunan dia di talian.
“ Tapi saya nak tahu dari Cik Wana.” Aku mencebik. Ada-ada sajalah dia ni. Kataku dalam hati.
“ Macam ni, lepas Encik Man dah bayar full payment dalam tujuh hari waktu bekerja baru Encik Man akan dapat kereta Encik tu. Tapi itupun kalau tak ada apa-apa yang yang di luar jangkaan lah.” Terangku.
“ Ooh maknanya saya mesti buat pembayaran sepenuhnya dulu lah baru boleh?” aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“ Ya Encik Man, kalau tak macam mana Encik Man nak dapat kereta tu.” Usikku dengan nada riang. Kedengaran tawanya tercetus di talian. Buat sekian kali aku terdengar tawa itu.
“ Ohh..macam tu ke? Saya tak tahu pulak. Cik Wana dah lama ke kerja kat situ?” soalnya mengalih topic perbualan. Aku tergelak sendirian. Mungkin tidak menyangka akan soalan yang tiba-tiba itu.
“ Erm tak lah lama jugak..baru aja setahun. Jawabku membuatkan tawanya tercetus sekali lagi.
“ Erm..Encik Man booking model apa ya?”
“ Honda Civic” jawabnya sepatah. Jari – jemariku mencari- cari kotak simpanan ‘Booking & Delivered’ bulan Mei itu.
“ Tak ngapalah Cik Wana, saya ada pesakit ni..Thanks a lot for your explanation.” Katanya dan talian terus terputus begitu sahaja. Aku termangu di talian. Belum sempat aku melihat butir-butir data pelanggan tadi, dia dah letak. Pelik betul lah. Ada jugak orang macam ni. Bisikku.
“ Siapa?” tanya Ariesa melihat aku mengomel sendirian. Pelik baginya kot.
“ Encik Man ni” jawabku sepatah. Dia mengangguk perlahan sambil tangannya memegang beberapa helai kertas yang menjadi mangsanya untuk di semak.
“ Bulan ni yang booking Honda Civic berapa orang ya, Ariesa?” tanyaku padanya. Kelihatannya seakan memikirkan sesuatu.
“ Ada dua orang kat sini. Siapa dia ya?” tekaku lagi.
“saper, saper ni? Aku tak faham lah.” Soalnya lagi kebingungan.
“ Erm..entah lah bila aku tanya nama dia..dia bagi nama short-short je. Boleh pulak main short-short ni. Buat aku lemah je.”
“ Ada kau tanya dia dari mana?” aku menggeleng.
“ dah lah..biasa lah tu customer mesti dia nak tahu perkembangan kereta dia macam mana. Kalau aku pun, aku akan tanya macam tu jugak tau. Mungkin lebih dari itu aku akan tanya.” Ujar Ariesa panjang lebar.
“ Tapi kan, suara dia sedap lah! Macam buah betik. Sweet!.” Kedengaran tawanya tercetus.
“ Kau ni kan boleh pulak buat lawak er . Macam – macam lah kau ni, Wana. Dah lah aku nak turun bawah jap. Kau jaga atas ya?” aku mengangguk mengiyakan pesanannya sebentar tadi. Kesempatan itu aku ambil dengan menyemak kotak e-mailku yang agak lama tidak kubuka. Satu demi satu langkah kuambil bagi membuka kotak mel tersebut. Hmm..banyak jugak..semuanya yang forward ke? Desusku dalam hati. Tetikus mula menekan satu nama yang agak lama aku tidak berhubung dengan pemilik nama tersebut.
‘Wana, sorry kalau Is lama tak mengirimkan email pada Wana. Sekarang, Is tengah tunggu pertukaran kerja Is dari Pahang ke Selangor. Is harap sangat – sangat pertukaran tu di luluskan. Wana macam mana? Kerja okey? Sihat? Nanti ada masa kita berbalas email lagi ya , Is ada kerja sikit nak sambung. Okey Wana,Bye See you next time, take care. Assalamualaikum.’
Aku tersenyum selepas membaca secebis email tersebut. Walaupun agak ringkas dan pendek tapi pengisiannya amat bermakna bagku untuk mengetahui serba sedikit perkembangan tentang dirinya. Iskandar!. Fuh nama yang penuh dengan misteri. Last aku jumpa dengannya pun masa kami sama-sama pergi interview di Putrajaya empat tahun yang lepas. Masa tu masih lagi menuntut di Shah Alam dan dia telahpun berkerja. Agak lama tidak bersua muka dengannya. Bagaimana lah keadaannya ketika ini. Emailnya mampu membuatkanku tersenyum sepanjang hari. Akhirnya tercetus jua senyumku di bibir. Iskandar! Iskandar!..


************************************************************************************

“ Waalaikumusalam” jawabku mesra. Riang di hati tatkala mendengar suara itu di talian. Dah lama rasanya aku tidak menjenguk mak dan ayahku di kampung. Sesekali mendengar suara itu sedikit sebanyak buatkan hatiku tenang dan hilang segala masalah di bahu.
“ Dah lama Wana tak balik kampung.” aku mengeluh perlahan. Ya. Agak lama aku tinggalkan kampung halamanku itu. Terasa rindu yang membuak-buak saat ini pada emakku. Sayu rasa hati mendengar luahan ayat dari orang tua itu. Acapkali kuberjanji acapkali jugak aku memungkirinya. Itu pun last-last minute cuti ku sekat. Kesian mak.
“ Mak, Wana minta maaf!. Wana nak balik sangat. Wana nak tengok mak, Wana rindu sangat kat mak.” Itulah ayatku yang pertama buat emakku yang kerap kali bermain dalam ruang rinduku sejak akhir-akhir ini.
“ Dah tu..napa tak ambil cuti? Takkan Wana saja yang kerja kat situ?” emak semakin lantang menyoal. Aku mula jadi resah.
“ Bukan macam tu mak, Wana cuba..insyaAllah. kalau Wana dah dapat cuti..Wana bagi tahu mak lagi ya? Nanti Wana balik, kita pergi berkelah sama-sama ya mak? Dah lama kan mak tak pergi sana.” Kata-kataku sedikit menyejukkan hatinya. Kedengaran nada riang di talian. Aku tersenyum keseorangan. Membayangkan wajah emakku tatkala ini. Mak, mak..detikku.
“ Mak sihat ayah pun sihat. Macam nil ah Wana. Kerja Okey tak? Gilirannya pula bertanya. Aku mengangguk perlahan.
“ Alhamdulillah mak, kerja okey tapi anak mak yang sorang ni je yang tak berapa okey. Rindu kat mak lah. Kedengaran tawanya kuat di hujung talian.
“ Besar – besar pun rindu jugak. Dah rindu sangat baliklah. Asyik kakak-kakak je balik. Sekarang ni musim buah, kalau Wana ada boleh kutip-kutip buah kat belakang rumah tu. Boleh makan pulut durian.” Aku ketawa lagi. Berbual dengannya banyak buatkan aku lupa akan masalah ku sekejap. Tak kering gusi aku dibuatnya.
“ Aduhh..sedapnya mak. Dah lama Wana tak makan . tak sabar rasanya nak balik kampung.” Luahku dalam nada yang perlahan.
“ Eloklah tu..jangan cakap aja. Adik-adik tu dah tanya Wana tak nak balik dah ke mak?” ujar emakku mengajukan balik soalan yang di tanya. Aku mencebik.
“ Alah mak…diaorang tu sibuk je tanya. Bila Wana balik tak ada pulak excited macam tu sekali. Hmm ..saper ada kat rumah sekarang ni mak? Senyap je rumah tu?”
“ Macam biasalah, macam lah Wana tak tahu adik-adik Wana tu macam mana. Macam kakak dia yang sorang ni jugak excited mengalahkan ‘PM’. Aku ketawa lagi merancakkan lagi perbualan antara ibu dan anak pada hari itu. Macam – macam lah mak ni.
“ Nia ngan mak je lah kat rumah ni. Ayah dan Afiq keluar ke kebun cari buah durian.” Sambungnya lagi.
“ Wana lain lah mak.”
“ Alah anak – anak mak semua perangai macam – macam. Mak kenal sangat ngan perangai sorang-sorang anak mak ni.” Ujarnya perlahan.
“ Okey lah Wana, mak nak gi dapur. Kejap lagi ayah kau balik membebel pulak tak masak-masak lagi.” Aku mengangguk perlahan tanda memahami tugas emakku.
“ Kirim salam pada ayah ya mak dan semua lah.” Kataku di sudahi dengan ucapan salam dari emak. 1001 perasaan ada dalam kotak mindaku ketika ini. Bersalah, sedih, gembira semua ada. Bersalah kerana buatkan emak tertanya-tanya kepulanganku dan membuatkan emak menelefonku. Gembira kerana dapat mendengar suara itu. Bagaikan masa terlalu mencemburui kami untuk bercakap lebih lama. Bila lah pulak aku nak balik kampung ni. Aku bangun mencapai fail form di atas mejaku. Mencari-cari boring permohonan cuti. Aku tersenyum-senyum nakal sambil melihat boring tersebut di tanganku. Akhirnya tinta biru terpanah jua di atas helaian boring tersebut lalu dengan lagkah yang perlahan menuju ke bilik En. Rosli dan meletakkan boring tadi di atas mejanya tanpa pengetahuan semua. Aku tersenyum-senyum. “Mak”..ucapku perlahan.


No comments: