Friday, October 10, 2008

Bab 1

“Wana, mana kau pergi? Aku telefon pejabat kau, diaorang cakap kau tak ada. Aku telefon handphone kau tak angkat. kau buat aku risau lah.” Kata Nadia mengerutkan dahinya melihat aku merebahkan punggung di sofa ruang tamu Pangsapuri Indah itu.
“Aku okey lah ..saja cari ketenangan.”Jawabku perlahan.
“Kau jangan nak merepek lah..kat tengah-tengah Bandar ni mana ada tempat untuk cari ketenangan lain lah kalau kat kampung.”Aku mencebik.
“Aku pi Tasik Perdana lah..Saja ambil angina.dah lama aku tak kesana.”Ujarku membuatkan Nadia rakan serumahku tergelak besar.
“Eleh..macam lah aku tak kenal ngan kau tu..ambil angina ke..cuci mata hah?” usiknya.Bantal yang tersedia ada disofa itu aku baling tepat pada mukanya.Padan muka.!
“A’ah aku pi cuci mata ..Mana tau kan Putera raja ke yang bersantai kan..tetiba syok kat aku kan?Amboii…kau ni kau ingat aku ni apa?lain lah kalau kau tu .aku tak hairan lah.”Makin galak tawa Nadia.
“Aku pulak…jangan nak tuduh-tuduh aku eh, aku baik apa?”kami sama-sama ketawa.
“Poyo lah kau ni..dah lah aku nak gi mandi lah.Kau dah makan belum?”tanyaku sambil berdiri.
“baru nak ingat kawan kau ni..?aku dah makan dah tadi ngan Faris.”Aku mengangguk tanda mengiyakan.
“Tapi ..aku belum makan lagi la..lapo lah.”luahku membuatkan Nadia tergelak.
“Tau..tu sebab aku risaukan kau tadi. Aku dah tapaukan Nasi Goreng untuk kau sekali . Lepas solat kau makan lah ya.”
“Nasi Goreng je ke?Pizza tak ada?”
“Amboiii..” Ujarnya dengan nada bergurau. Aku ketawa melihat perangainya.
“Alah..aku gurau je lah. Yela ..terima kasih ya Cik Nadia, esok-esok dapat gaji aku belanja kau pulak,k?”
“Yela..tapi jangan pulak Nasi Lemak j eek?”dia membalas ejekanku tadi.
“Kau patut rasa bersyukur dan bertuah tau dapat kawan yang baik hati macam aku ni. Sekurang-kurangnya ada jugak orang nak tolong belikan kau Nasi Lemak. Silap haribulan kau rindu nasi lemak pemberian aku tau.” Kelihatan nadia tergelak.
“Yela ..yela dah lah pi mandi lah.Busyuk lah.. aku baru sembur minyak wangi je tadi tau.” Katanya membuatkan aku mencebik.
“Ni pun kira wangi jugak tau.”kataku lalu berlalu dengan senyuman masih lagi dibibir. Begitulah mesranya antara kami. Persahabatan yang bermula sejak di sekolah menengah lag sehinggalah ke saat ini menjadikan kami seakrab adik beradik. Nadia yang selesa dengan kerjanya di salah sebuah syarikat perbankan di ibu kota dan kini hanya menunggu detik bahagia bersama tunangnya Faris yang dikenalinya sejak menuntut di Universiti dahulu. Dialah tempatku meluahkan perasaan tatkala aku dilanda masalah . Pendek kata dialah teman..dialah jua sahabat.

No comments: