Friday, October 10, 2008

Prolog

PROLOG

Usai sembahyang Isya’ aku segera turun menyediakan makanan untuk keluargaku. Terasa ada semangat baru muncul dalam diri aku tatkala ini. Lapang dan tenang rasanya. Alhamdulillah.

“Ishh..Aiman, kan Ibu dah pesan nak makan basuh tangan dahulu.”Ujarku melihat anak kecil seusia Lima tahun dahulu ingin mengambilnya.
“Alaa..Ibu ni aiman tak sentuh pun lagi.”. Aku tersenyum mendengar jawapan dari Aiman.
“Panggil babah makan Aiman.” Arahku melihat anak kecil itu masih di meja. Aiman memuncungkan bibirnya.
“Aiman…Ibu cakap apa tadi?’
“Babah kat ruang tamu bu…Ibu jangan usik tau ni Aiman punya.”Aku hanya mengangguk membiarkan sahaja Aiman dengan fii’lnya itu. Aku tergelak kecil melihat telatahnya.
“Ibu, Babah pening.” Aku tersentak mendengar berita itu. Aku segera mendapatkannya di ruang tamu.
“Abang, kenapa ni saying?”tanyaku sambil tanganku mengusap-usap dahinya.Panas!.
“Sayang, makan sikit ya?nasi pun dah siap.nanti baru boleh makan ubat.” Dia menggelengkan kepala.
“Janganlah macam ni..makan sikit je ya?Ayang suapkan abang k, nak?” Dia mengangguk perlahan-lahan sambil aku memperbetulkan duduknya.Apalah abang ni kalah si Aiman.Detikku dalam hati.
“Ibu..Aiman?” Aku tersenyum.
“Aiman kan dah pandai makan sendiri..Nanti esok ibu suapkan Aiman ya. Hari ni kena bagi babah dulu.. dah elok nanti Aiman suruh babah suapkan.Boleh? kataku melihat anak kecil itu disebelah suamiku.
“Tapi.. Babah pun pandai makan jugak bu..” Kami ketawa mendengar bebelan Aiman.
“Tak apalah.. sayang suapkan Aiman sekali. Kesian dia.” Kata suamiku melihat muncung di bibir Aiman sudah memanjang. Aiman hanya bersorak riang.

No comments: