Wednesday, July 6, 2011

Jiwa kacau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Wah!! lama sungguh aku tak update kat sini yek ..sesekali aku jengah2 dan curi2 masuk aje ni..rindu punyer pasal! hehehe..Hari ni aku last day kat CompuMed services ni..aku hanya bertahan selama sebulan sahaja di sini..wahh..biar betul aku ni? what's wrong with me ya?erm..itulah persoalan yang selalu aku ajukan pada diri aku tiap2 malam sebelum tidur. huhu..sedih mengenang nasib dan masa depan yang entah kemana...segalanya buatkan otak dan pikiran aku makin serabut. Yang pastinya aku sendiri tidak tahu mengapa aku jadi begini..hendak mengeluh tiada daya..hendak menyesal..ini pilihan aku. Apa pun aku tetap akan berjuang untuk mempertahankan hak aku jugak!

Ya! Aku tak mampu nak atasinya sekarang ini. Berbanding dengan tempat kerja lama aku dulu ..aku bukan begini..Ya tuhan permudahkan segala urusanku ya Allah..sesungguhnya aku tak tahu kemana hendak dituju. Berilah hambaMu ini hidayah dan kekuatan untuk melaluinya. Hendak menangis..tidak tahu untuk apa..hendak ketawa rasanya agak kejam untuk diri aku sendiri kan?

Pada semua yang membaca ini jadikan lah iktibar ye agar diri korang tidak sama seperti aku..dan fikir2 lah bila anda mahu membuat keputusan...

renung2kan la dan selamat beramal...

No comments: