Monday, March 30, 2009

Bantu lah aku

Bertunang? terkejut aku dengan lamaran seorang lelaki yang baru kukenali sejak tahun lepas. aduh..masuk kali ini sudah 4 kali lamaran itu singgah di telingaku. Ya Allah, apa aku nak buat? bak kata ex romate aku dulu..

" seru tak sampai lagi lah tu. Jangan dipaksa-paksa. Kau yang nak bertunang kau pulak boleh tanya orang lain apa perlu buat?!"

"Aku buntu lah..entah lah orang lain nak masung minang mesti suka n gumbira kan?wahaha..aku?ya Allah..susahnya masalah ni."

"Apa yang susah..?buat solat istiqarah banyak2..insyaAllah akan dapat petunjuk dari-Nya."

"Hurm...kau nak tahu sesuatu tak fiza? masalah ni lebih berat daripada masalah keluarga aku tau. ini antara hidup dan mati aku. aku tak nak silap pilih calon suami. Aku takut semua ni."

"Orang nak bertunang..mesti happy yang kau takut semacam kenapa?"

"Aku tak sedia nak jadi tunangan orang lagi Fiza...aku tak tahu dia boleh faham dengan masalah aku selama ini. Aku tak nak dia kecewa dengan aku."

"Habis?kau tak nak terima dia?" aku mengeluh buat sekelian kalinya...


tu antara perbualan antara aku dan ex romate aku time diploma dulu..sebenarnya, susah untuk aku terima dan buat keputusan semua ni. Banyak benda dan perkara yang harus aku fikirkan jika aku memilih untuk menerima. Banyak faktor yang harus aku pertimbangkan untuk satu ikatan yang sah antara aku dan dia. Dia? siapa ya?Actually...kami kenal dah lama cuma baru aje perasaan tu berputik. dengan umurku yang baru mencecah 23 tahun ni pada 27 April nanti apa yang boleh aku katakan aku belum bersedia seratus peratus dalam hal ini. Mungkin Fobia yang dulu kot. kalau dulu memang aku beria-ria nak sangat. sampai orang lain datang pun aku tak pernah untuk berpaling arah(setiaa) sampai tahap tu..hehe tapi bila jadi macam ni fikiran aku jadi kosong. entah apa yang aku fkirkan pun aku tak tahu.

Sememangnya aku menyenangi dirinya sekarang ni. Alhamdulillah sepanjang perkenalan ni aku rasa OK lah ngan dia. Masa untuk kami luangkan bersama pun tak banyak memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja. Hujung minggu pun memang tak kuar. ada sahaja alasan aku berikan padanya untuk mengelak pertemuan ini. Bukan aku tak nak..tapi mungkin aku dah biasa dengan hubungan cinta jarak jauh agaknya. (dulu Sabah-Kl). Family dia pun sudah tahu hubungan kami cuma aku aje yang melambat2kan pertemuan antara aku dan family nya. Kalau dahulu..aku lah orang yang excited sangat jika diajak berjumpa dengan family tapi masa nak sampai umah dia gabra jugak! hehe tapi sekarang..memang jauh beza lah..aku pun tak tahu kenapa semua ni boleh jadi macam ni sekali. pelik,kan? percaya atau tidak yang pastinya aku dah buat keputusan. Aku tak Nak!

Aku perlu menimbang tara semua kajian dan penyelidikan aku untuk semua ini. Bukan mudah untuk memegang jawatan isteri itu kalau tak di hayati dengan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk aku laraskan permintaan itu, seperti yang aku cakap tadi, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan dan pertimbangkan buat masa sekarang ini. dengan masalah family,diriku bajet kewangan lagi..aku mesti ingat aku nak hidup dengan dia bukan untuk sehari dua. Bolehkah dia memahami aku?bolehkah dia menerima semua kejadian ini?bolehkah hatinya berkongsi suka dan duka bersamaku?bukan jarak atau alasan yang aku berikan tapi hati aku sendiri. Benarlah kawan aku Lini pernah berkata padaku.

"Bagi kenal lama-lama sikit. Memang hari ni kau tak boleh nak terima sebab ia terlalu awal dan terlalu drastik lelaki tu buat keputusan tapi esok-esok bila seru dah sampai hati pun dah tak sabar gila nak naik pelamin..bukan dia yang ajak kau kahwin, kau pulak yang ajak dia kahwin!"

Aku akui kata-kata itu ada benarnya walaupun hatiku kuat menidakkan sesuatu yang bersarang dikepala. dua hari sebelum aku terima lamaran itu, aku ada pernah beritahu dayah (kawan pejabat) yang mimpi aku bertunang tapi yang peliknya dalam majlis tu aku tak pula pakai baju tunang or baju kurung, korang tahu aku pakai baju apa? baju T shirt dengan Seluar Track.hehe Tak sangka lepas aku terima berita tu esoknya aku beritahu dayah pasal ni dan dayah terkejut. Reaksinya lebih kepada Happy..

"Tak sangka...kau mimpi bertunang. Last2 dia yang ajak kau tunang."
"Entahlah.."

Dalam senarai azam aku untuk tahun ni sikit pun aku tak kepilkan sekali azam untuk bercinta, mahupun bertunang jauh sekali untuk melangsungkan perkahwinan biarpun hati ini memang teramat teruja dengan berita dari kawan2 yang seusia mahupun sekampus denganku untuk bertunang dan kahwin. Jauh sudut hatiku aku gembira dengan berita ini, angan-angan untuk melangsungkan tu memang ada tapi bukan tahun ni dan bukan juga dengan dia.

p/s: Awak, Maaf ya? insyaAllah kalau ada jodoh dan rezeki kita pasti bersama ...bagilah saya sedikit masa untuk semua ni. Takkan lari gunung dikejar. sabar ya sayang..

6 comments:

aLeenA Adli said...

ct,aper yg kwn ct tue ckp betul,tini ker lini??huhuhu..even akak skg pun bf akak ajak kawin,tp ntahlh takut 2 yg lbh dr happy.saper yg x happy ader org lamar.tp biarlh ms menentukan..insyallah..sumenya akan tjwb.

Ain said...

lini la kak.. kawan satu kg satu sekolah nengah n rendah dulu...hehe
iya ke? entah la kak..buntu dh skg ni..rasa xnk pk apa2 dh.

Shaharuddin Othman. said...

Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan.Tunggu apa lagi ....hari semakin hari...tahun berganti tahun....ke tunggu orang nun jauh di sana..heeeeee....

Ain said...

Tak tunggu sape2 pun. cuma hati dan seru belum sampai dn tiba lagi..insyaAllah xkan DIA nak bg hambaNYA begini sampai bila2 kan..cuma biarlah dulu bkn skg..i need a time to learn about it dan kalau dia boleh faham dan terima semua ni itu sudah cukup..

~..UdadyaNNa..~ said...

errmm...kwn sy nk bertunang ek..hehe..jgn laa sedih..
patutnya awk happy coz da de yg melamar n die da bersedia nak menyunting awk tok menjadi permaisuri di hatinya..
sy ni..xde lg yg melamar..sdih tau...huhu..

Ain Aishah said...

huhu..
cik diana..kalau lah awak tahu apa yg tersirat dlm hati sy ni awak pun akan rasa n pk mcm2 tau..
sy pun tak tahu diana..
cian dia kan?tp lau betul die ikhlas n boleh tunggu sy,,tunggu la. sengaja sy wat die jd penunggu yg setia. hehehe bio die belajar skit erti sabar!